BEKAM SUNAH SEREMBAN SENAWANG NEGERI SEMBILAN
DEWAN SEREMBAN JAYA, SENAWANG UNTUK DISEWA
Untuk bojayo polu wibawo,
Polu juo perancangan ghapi;
Dewan kuliah untuk disewo,
Sebolah dongan pusat terapi.
Wibawo kurniaan dari Ilahi,
Kono usoho dan doa selalu;
Ado 13 mejo 70 kerusi,
Boleh ditambah jiko dipolu.
Bojayo itu Allah izinkan,
Pasti gagal jiko tiado izinNyo
PA sistem bosa disediokan,
Cumo tak boleh berkareoke yo.
Nak bojayo ado petuo,
Polu berkorban jangan berkigho;
Aircond 3 hp ado duo,
Kipeh banyak tak terkigho.
Nak bojayo tak boleh bersahajo,
Kono banyak ilmu di dado;
Skrin putih terbontang ajo,
Cuma LCP projektor bolum ado.
Makan sayuran sepoti bayam,
Barulah petah bersyarah segala kalam;
Bawah ado restoran tomyam,
Sonang kalau nak makan malam.
Rasa kecewa jangan terbawo-bawo,
Hidup binasa atau pincang;
Kalau berhajat nak menyewo,
Hubungi den untuk berbincang.
Mohamad Husaini Husin
013-359 8318
Makanan dan berbekam sunnah
Menangis sayu si Abang Mamat,
Bila isteri lari ke Negara Balkan;
Kita ni umatnya nabi Muhammad,
Kenapa nasihat baginda kita lupakan?.
Abang Mamat sering saja sakit,
Ubat hospital sudah tak tertelan;
Abbadus sawda penawar segala penyakit,
Kenapa tidak kita jadikan amalan.
Isteri Abang Mamat tidak tertahan,
Dah lama nikah macam masih seorang;
Minyak zaitun juga ada dalam al-Qur'an,
Kolesterol pasti dapat dikurang.
Isteri Abg Mamat sudah tak ramah,
Bila Abg Mamat udah tak sentuh lagi;
Khal mesti ada setiap masa di rumah,
Itulah penawar dan makanan para nabi.
Abg Mamat berubat rasalah malu,
Isterinya muda tapi selera tawar;
Jangan dilupa peranannya madu,
Itu raja bagi segala herba dan penawar.
Puas isterinya nasihat dan berleter,
Dia buat tak reti tak juga marah;
Minumlah air sekurangnya 2 liter,
Baru terbaik peredaran darah.
Abang Mamat masih terbungkam,
Isterinya pergi tak kirim poskad;
Jangan lupa sering berbekam,
Sunnah nabi saranan malaikat!
Abang Mamat si suami,
Kena banyak berusaha dan berdoa;
Dapatkan semua di kedai kami,
Kami berusaha untuk kesihatan semua.
Berbekamlah kerana itu sunnah Nabi
Bersarang rendah si burung tempua,
Bersarang di kebun Pak Attan;
Salam sejahtera kepada semua,
Semoga Allah swt kurniakan kesihatan.
Burung Tempua terbang tersasar,
Terlanggar pokok patah sayapnya;
Janganlah takut janganlah gusar,
Berbekam itu kurang sakitnya.
Burung Tempua beranak lima,
Jatuh seekor di atas serambi;
Berbekamlah kita bersama-sama,
Berbekam itu sunnahnya Nabi.
Burung Tempua bersarang di pokok beringin,
Tangkap seekor dijual ke Pekan;
Wap air itu tandanya badan banyak angin,
Dengan berbekam angin badan dikeluarkan.
Burung tempua ditangkap Pak Itam,
Seekor terbang lari ke sempadan;
Kurang oksigen darah merah hitam,
Tidak baik untuk kesihatan badan.
Tempua bersarang atas bukit,
Bukit Berapit bercabang tiga;
Kaki lenguh dan sakit-sakit,
Jika dibekam Insya Allah lega.
Burung tempua berjaya dipikat,
Memikat burung di tepi tasik;
Darah berlendir lagilah pekat,
Itu tandanya darah banyak toksik.
Burung terkukur burung tempua,
Burung banyak di Negara Burma;
Berbekamlah kita semua,
Jaga kesihatan paling utama.
Merawat kencing manis.
Kencing manis atau diabetes adalah kumpulan penyakit metabolik di mana seseorang mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam darah. Ini disebabkan oleh pankreas tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi atau berkualiti atau sel-sel tidak bertindakbalas dengan insulin yang dihasilkan. Diabetes menyebabkan simptom klasikal seperti sering kencing, kehausan dan meningkatkan kelaparan.
Terdapat 3 jenis diabetes yang utama:
Diabetes jenis 1: hasil dari tubuh gagal menghasilkan insulin dan rawatan moden memerlukan pesakit mengambil ubat merangsang pengeluaran insulin atau menyuntik sendiri insulin ke dalam tubuh sendiri.
Diabetes jenis 2: keadaan di mana sel-sel gagal menggunakan insulin dengan sewajarnya dan kekadang terjadi bersam dengan kekurangan insulin itu sendiri.
Diabetes Gestasi (Gestational): adalah apabila wanita mengandung yang tidak pernah mengalami diabetes sebelum ini mengalami diabetes semasa mengandung. Ia boleh berkembang menjadi diabetes jenis 2.
Rawatan di Pusat Terapi Health mengunakan beberapa kaedah yang perlu disinergikan (digabungkan) untuk merawat diabetes dengan lebih berkesan. Antara sinergi yang boleh dilakukan ialah dengan bekam, terapi air, herba periuk, refleksologi dan pelbagai herba lain. Herba yang paling mujarab untuk rawatan diabetes adalah Ageless sendiri.
![]() |
| Seorang pesakit diabetes dirawat dengan kaedah bekam. |
Merawat pesakit diabetes perlukan ahli bekam yang mahir kerana ada pesakit diabetes yang lukanya sukar sembuh dan mungkin melarat.
Allah swt yang menurunkan penyakit serta Dialah yang menyembuhkannya. Semuanya atas kekuasaanNya dan kehendakNya juga. Setiap penyakit pasti ada penyembuhnya kecuali tua dan maut. Alhamdulillah. Dengan kepemurahanNya dan keizinanNya, kami telah berjaya merawat ramai penyakit diabetes yang mendapatkan rawatan di pusat terapi kami.
Semoga Allah swt memelihara kita dari penyakit diabetes ini selagi hayat masih ada dan menyembuhkan sesiapa juga dari kalangan kita yang telah menghidapinya. Insya Allah.
Tulang belakang bermasalah.
Tulang belakang (Spinal) adalah tulang yang sangat penting, di mana di sepanjang dalam tulang, dari atas hingga ke pinggul inilah terdapatnya urat-urat saraf (Saraf tunjang) yang menghubungkan anggota tubuh ke otak (Saraf pusat). Sekiranya tulang belakang bermasalah, seseorang akan menghadapi masalah dalam pergerakkan dan anggota tubuh juga menghadapi pelbagai masalah kerana saraf terganggu dan seterusnya mengganggu isyarat dari tubuh badan ke otak dan sebaliknya.
Banyak kaedah sekiranya ingin mengetahui keadaan tulang belakang kita. Antaranya dengan meneliti keadaan belakang seseorang dan kedudukan kaki seperti dalam gambar seorang pesakit di bawah.
![]() |
| Keadaan belakang yang tak sama tinggi. |
![]() |
| Kedudukan kaki yang tidak simetri. |
Jagalah kesihatan tulang belakang dengan mengangkat barang berat yang HANYA termampu oleh kita dan dengan kaedah yang betul. Di samping itu, posisi semasa melakukan kerja sangat penting untuk memelihara tulang belakang. Suplemen yang baik sangat penting dalam mencegah sakit tulang belakang.
Dapatkan khidmat nasihat dari kami di Pusat Terapi Health.
Dapat herba untuk lelaki.
5 May 2011, 2:48 pm
Kisah syirik lagi...
Seorang rakan perawat saya menceritakan kepada saya kisah syirik (menduakan Allah swt) dalam merawat pesakitnya. Begini lebih kurang dialognya:
Pesakit:

"Saka yang mengganggu saya sangat kuat". Keluh seorang pesakit dirumahnya.
Perawat:
"Sekuat mana pun saka yang menganggu tuan, tak akan terlawan dia dengan Allah swt dan Muhammad saw". Nasihat perawat untuk pesakit bergantung kepada Allah swt kerana Allah swt Yang Maha Perkasa dan tiada tolok bandingnya.
Pesakit:
"Tuan, YANG INI LAGI KUAT!". Jawab pesakit yang berbau kesyirikan kerana mendakwa saka yang menggangunya lebih gagah dari Allah swt Yang Maha Gagah.
Perawat:
"Tuan, kita kena jaga akidah kita". Sambung perawat lagi untuk membetulkan akidah pesakit yang kelihatan sudah terpesong.
Pesakit:
"Betul tuan, saya jaga sembahyang saya". Sampuk pesakit tanpa dapat menbedakan antara akidah dan ibadah.

"Saka yang mengganggu saya sangat kuat". Keluh seorang pesakit dirumahnya.
Perawat:
"Sekuat mana pun saka yang menganggu tuan, tak akan terlawan dia dengan Allah swt dan Muhammad saw". Nasihat perawat untuk pesakit bergantung kepada Allah swt kerana Allah swt Yang Maha Perkasa dan tiada tolok bandingnya.
Pesakit:
"Tuan, YANG INI LAGI KUAT!". Jawab pesakit yang berbau kesyirikan kerana mendakwa saka yang menggangunya lebih gagah dari Allah swt Yang Maha Gagah.
Perawat:
"Tuan, kita kena jaga akidah kita". Sambung perawat lagi untuk membetulkan akidah pesakit yang kelihatan sudah terpesong.
Pesakit:
"Betul tuan, saya jaga sembahyang saya". Sampuk pesakit tanpa dapat menbedakan antara akidah dan ibadah.
Allah swt yang menjadikan semua makhluk termasuklah iblis, syaitan, jin dan manusia. mana boleh kekuatan makhluk hendak dibandingkan dengan penciptanya iaitu Allah swt. Jelas syirik jika ada yang beriktikad bahawa makhluk lebih perkasa dari Maha Perkasa. Jelas kesyirikkan seumpama itu telah berlaku dalam dialog diatas kerana mempercayai saka yang mengganggu diri pesakit lebih gagah dari Yang Maha Gagah iaitu Allah swt.
Ada dikalangan kita masih tidak dapat membezakan antara akidah dan ibadah. Sekiranya akidah kita benar, meninggalkan ibadah adalah berdosa tetapi sekiranya akidah kita tergelincir, maka tiada gunanya lagi ibadah.
Ada dikalangan kita masih tidak dapat membezakan antara akidah dan ibadah. Sekiranya akidah kita benar, meninggalkan ibadah adalah berdosa tetapi sekiranya akidah kita tergelincir, maka tiada gunanya lagi ibadah.
Bagi yang ingin maklumat lanjut, sila hubungi kami atau ustaz yang benar.
Terima kasih.
Wallahu'alam.
Rawatan lintah untuk kecantikkan.
Lintah boleh digunakan untuk merawat serta melicinkan wajah seseorang yang bermasalah dengan kos yang rendah berbanding dengan rawatan moden dan kotemporari yang lain.
Rawatan ini sangat "natural" tanpa penggunaan bahan kimia dalam kosmetik yang dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan kulit wajah seseorang.
Cuma rawatan lintah ini perlu dijalankan oleh perawat yang berkemahiran kerana tidak semua pesakit boleh menjalankan rawatan ini dan ianya mempunyai kesan sampingan seperti kegatalan.
PENGAJIAN DIPLOMA PERUBATAN ISLAM
Modul 1: Hakikat Jin dan sihir serta perubatannya.
Modul 2: Rawatan penyakit sihir dan saka.
Modul 3: Rawatan penyakit Ain, pukau, ilmu tenung & was-was.
Modul 4: Pemagar kediaman, pejabat dan kampung.
Modul 5: Kelebihan ayat2 suci dan surah2 mustajab dalam al-Qur'an.
Modul 6: Rawatan penyakit menurut kaedah Islam.
Modul 7: Kelebihan zikir-zikir sebagai suatu benteng yang ampuh
Modul 8: Perawatan dan pengubatan kaedah sunnah
Terima kasih
Setiap penyakit ada ubatnya dan akidah.
Salam,
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bahawasanya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram".
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Baru-baru ini kenalan saya yang bekerja di RapidKL, seorang jurutera komputer telah meninggal dunia kerana masalah jantung. Semoga beliau dirahmati Allah swt di dunia dan akhirat.
Baru-baru ini juga datang pesakit yang mendapatkan rawatan kerana badannya kesakitan. Saya mencadangkan agar beliau berbekam dan dibantu dengan urutan. Beliau menolak dan hanya ingin diurut. Sedangkan berbekam lebih baik dan utama dari urutan kerana dengan berbekam, darah kotor, pekat dan kental yang menyekat pengaliran darah dapat dikeluarkan dari badan. Urutan selepas berbekam pula akan dapat membantu pengaliran darah dengan lebih baik. Dengan berbekam juga, kita mengamalkan sunah Nabi Muhammad saw dan pasti berpahala mengamalkannya. Insya Allah. Amat malang, kita hanya menjadikan sunah sebagai alasan untuk menjustifikasikan tindakan kita untuk berpoligami walau pun selama ini kita tidak pernah bercita-cita untuk mengamalkan sunah baginda yang lain termasuk berbekam!.
Selepas urutan saya mencadangkan beliau untuk mengambil herba atau supplement agar kesihatannya bertambah baik kerana beliau juga menghadapi penyakit kencing manis, masalah jantung dan tekanan darah tinggi. Terkejut saya apabila beliau mengatakan "Saya tidak boleh memakan sebarang ubat lain, kerana doktor tidak benarkan. Hanya boleh menggunakan ubat yang diberinya sahaja. Doktor tidak akan bertanggungjawab terhadap penggunaan ubatan lain. Doktor kata penyakit saya tidak boleh dirawat hanya dikawal sahaja. Pernah terjadi saya terlupa untuk makan ubat selama 2 hari, dan terus saya terkena strok".
Dari kenyataan pesakit ini beberapa persoalan timbul iaitu:
Dikhuatiri rosak keimanan.
Allah swt yang menurunkan penyakit, Allah swt memberikan ubatnya dan Allah swt yang juga menyembuhkannya. Sebarang kenyakinan dan pegangan (iktikad) selain ini akan menjejaskan keimanan kita kepada Allah swt. Mempercayai sepenuhnya doktor dan ubat doktor menyembuhkan penyakit dikhuatiri boleh menjejaskan iman seseorang. Begitu juga jika mempercayai bomoh, bekam, herba dan sebagainya. Doktor, ahli bekam, ubat, herba dan berkaitan dengannya adalah wadah atau perantaraan dan ikhtiar kita semata-mata. Kekuasaan mutlak hanya milik Allah swt, tuhan sakalian alam.
Bersalahan dengan hadis.
Kenyataan doktor yang mengatakan tiada ubat untuk penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung menurut kata pesakit tersebut adalah bertentangan dengan hadis di atas. Kesalahan ini sangat serius kerana ianya adalah hadis yang sohih.
Wallah'ualam.
Ageless - Produk Tokotrienol yang ajaib.
Salam,
Kita wajib bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dikurniakan kelapa sawit yang menjadi komoditi utama Malaysia. Seterusnya, Hovid Bhd. iaitu syarikat gergasi Malaysia, pengeluar ubat-ubatan, herba dan makanan tambahan (supplement), di bawah anak syarikatnya iaitu Carotech Bhd. telah berjaya mengeluarkan tokotrienol iaitu komponen vitamin E yang terbaik dari kelapa sawit secara komersil.
Disamping itu, tokotrienol juga merupakan anti-oksidan, anti-kanser, anti-tumor, anti-virus, anti-bakteria, anti-fungus dan sebagainya. Ini telah dibuktikan oleh para saintis Hovid sendiri dan saintis di seluruh dunia seperti Prof. Dr. Chanden Sen (The Ohio State University).
Produk yang mengandungi tokotrienol yang dikeluarkan oleh Hovid Bhd. dikenali sebagai Ageless. Ageless telah terbukti mempunyai kesan yang sangat baik untuk kesihatan.
MENCARI USAHAWAN
Hovid Bhd. telah berkecimpung dalam perniagaan ini selama lebih 45 tahun. Bermula dengan menjual teh herba "Ho Yan Hor" yang terkenal terutama di Ipoh, Perak. Hovid Bhd. telah terkenal di hospital-hospital dan farmasi-farmasi tempatan. Malahan telah mengeksport produk ini ke 70 buah negara luar.
Malangnya, produk Hovid Bhd. tidak begitu dikenali oleh rakyat kebanyakkan (Public). En. David Ho, pengasas Hovid Bhd. ingin supaya produk Hovid Bhd. yang diusahakan oleh RAKYAT MALAYSIA dikenali oleh semua orang setanding dengan syarikat-syarikat lain terutamanya syarikat-syarikat dari barat.
Oleh itu, Hovid Marketing Sdn. Bhd. salah sebuah anak syarikat Hovid Bhd. telah ditubuhkan untuk memasarkan produk keluarannya atas jenama Hovidpure. Hovid Marketing Sdn. Bhd. mempunyai 400 jenis produk sendiri.Syarikat ini ingin menguasai 10 - 20% pasaran herba dan supplement Malaysia dalam masa 2 tahun dari sekarang. Pasaran herba dan supplement Malaysia yang ketika ini bernilai RM10 Billion setahun. Ini merupakan satu sasaran yang SANGAT LUMAYAN dan tidak mustahil untuk dicapai.
Untuk menembusi pasaran Malaysia, pemasaran berbilang tingkat (Multi-level Marketing - MLM) adalah kaedah yang terbaik. Ketika artikel ini ditulis, Hovid Marketing Sdn. Bhd. baru 6 minggu memulakan operasi MLMnya. Sekarang ini masih lagi mencari USAHAWAN dan STOKIS yang berminat untuk menjadi rakan terawal atau perintis untuk memajukan syarikat dan produk ini.
Sesiapa berminat untuk sama-sama berusaha memajukan diri sendiri, produk dan syarikat, sila hubungi saya untuk penerangan lanjut.
"Bersama menjana kekayaan di dunia dan akhirat"
Go Hovid...Go Ageless Milionaire!
007 Mohamad Husaini Husin
Toksik dalam badan.
Salam,
Baru-baru ini sahabat saya mengunjungi pusat rawatan untuk mendapatkan rawatan kerana badannya dari kepala hingga ke kaki yang mengalami kegatalan melampau dan kekadang berair-air. Keadaan ini bertambah serius ketika cuaca terlalu panas atau ketika terkena hujan.
Ketika ini beliau sedang menganggur kerana tidak boleh bekerja dalam keadaan sebegini dan mendapat sedikit bantuan dari baitul-mal untuk sara hidupnya sekeluarga.
Gambar 1: Keadaan kakinya yang dipercayai kesan toksik.
Beliau sebelum ini bekerja dibahagian pengendalian di sebuah kilang kimia dan beliau mempercayai bahawa keadaan dirinya sebegini akibat bekerja di kilang tersebut. Ini diperkuatkan lagi dengan keadaan seorang kawan sekerjanya yang mengalami keadaan yang hampir sama dengannya. Mereka berdua telah berhenti kerja dari kilang tersebut.
Aku cuba memikirkan kaedah terbaik untuk merawat keadaan sahabat ini dan aku putuskan untuk membuat bekam agresif terlebih dahulu untuk mengetahui keadaan dan lokasi terbanyak toksik di badan sahabat ini.
Aku cuba memikirkan kaedah terbaik untuk merawat keadaan sahabat ini dan aku putuskan untuk membuat bekam agresif terlebih dahulu untuk mengetahui keadaan dan lokasi terbanyak toksik di badan sahabat ini.
Setelah beberapa ketika, bekam agresif ini memberi petunjuk jelas keadaan dan lokasi terbanyak toksik di bahagian badan sahabat ini. Seterusnya, aku membuat bekam darah dibeberapa lokasi terpilih.
Beberapa hari selepas itu, aku menelefon sahabat ini dan keadaannya bertambah baik. Kaedah bekam ini memerlukan cawan bekam yang banyak, masa yang panjang dan kepakaran. Ianya agak mahal tetapi kaedah yang baik untuk tujuan mengenalpasti keadaan dan lokasi terbanyak toksik di dalam badan. Untuk sahabat ini, aku tidak sampai hati untuk mengenakan bayaran yang sepatutnya dan terpulang kepadanya untuk membayar sekadar kemampuannya saja.
Kaedah bekam agresif ini juga sesuai untuk mengenalpasti tempat bekam terbaik di mana toksik banyak terkumpul untuk penyakit-penyakit kronik seperti masalah jantung, hati dan perut.
Semoga Allah SWT sembuhkan sahabat ini, jika itu yang terbaik untuknya. Insya Allah SWT.
Kaedah bekam agresif ini juga sesuai untuk mengenalpasti tempat bekam terbaik di mana toksik banyak terkumpul untuk penyakit-penyakit kronik seperti masalah jantung, hati dan perut.
Semoga Allah SWT sembuhkan sahabat ini, jika itu yang terbaik untuknya. Insya Allah SWT.
Sterilizer untuk alatan bekam.
Salam,Bahan buangan biologi (Bio waste) seperti cecair, najis dan tisu badan mungkin mengandungi hidupan mikro (Micro organisme) seperti virus, bakteria, kulat (fungus) dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia yang terdedah kepadanya.
Amalan berbekam adalah amalan sunah Rasulullah saw. Namun begitu, kita mesti berhati-hati terhadap jangkitan penyakit merbahaya hasil dari terdedah kepada buangan biologi iaitu darah dari pasien yang lain.
Mangkuk bekam, jarum, pisau, tisu, dulang (tray) dan sebagainya adalah peralatan yang terkena dan setidak-tidaknya terdedah kepada darah pasien. Oleh itu, ia mesti dikendalikan sebaik mungkin untuk menghalang atau meminimakan jangkitan penyakit.
Kami menyediakan khidmat terbaik untuk anda, di mana kami:
1) Menggunakan peralatan pakai buang seperti jarum, pisau, sarung tangan dan tisu.
2) Lintah digunakan hanya sekali dan dilupuskan.
3) Peralatan lain akan direndam di dalam larutan membunuh mikro organisma selama 8 jam minima. Seterusnya dikering dan disteril dalam pensteril (Sterilizer).
4) Katil rawatan akan dicuci dengan larutan antiseptik setiap kali selepas rawatan.
5) Lantai dibersihkan dengan larutan antiseptik secara berkala.
6) Karpet tidak digunakan dalam bilik rawatan kerana karpet sukar dibersihkan dan tempat yang baik untuk pengumpulan habuk dan mikro organisma.
7) Alat untuk mengumpul dan membunuh mikro organisma di dalam udara disediakan di dalam bilik terapi.
8) Pengendali mempunyai kelulusan dan pengetahuan tentang rawatan dan juga keselamatan bio hazard.
Langkah-langkah pencegahan jangkitan dari bio-hazard mesti mendapat keutamaan di pusat terapi seperti bekam.
Kita sentiasa berusaha sebaik mungkin dengan menambah peralatan dan prosedur untuk menghindarkan atau meminimakan risiko dari jangkitan bio hazard. Insya Allah.
Bekam dan patah.
Salam,
Bolehkah bekam merawat tulang yang patah?. Jawapannya TIDAK dan BOLEH?.
Setakat yang saya tahu, Bekam tidak boleh merawat tulang yang patah (bukan retak) supaya kembali bercantum. Kes ini perlu dirawat oleh doktor tulang atau dukun patah.
Tulang patah yang telah dirawat oleh pakar, boleh dibekam untuk membuang darah beku, darah kotor bertoksik dan darah yang tidak mengalir di sekitar tulang yang patah. darah yang dikeluarkan tersebut akan diganti dengan darah yang lebih segar oleh badan pesakit sendiri. Ini akan meringankan kesakitan pesakit dan mempercepatkan penyembuhan.
Rawatan bekam menggunakan lintah adalah rawatan bekam yang terbaik untuk tujuan ini kerana air liur lintah mengandungi pencair darah yang boleh mencairkan darah beku dan kental, seterusnya boleh disedut keluar oleh lintah dan alat bekam.
Penggunaan jarum dan pisau kurang sesuai kerana ianya amat menyakitkan dan kemungkinan tiada langsung darah yang boleh dikeluarkan kecuali dengan torehan pisau yang dalam.Berbekam dengan menggunakan lintah telah lama digunakan dan ianya amat popular dalam kalangan tentera Napoleon Bonarparte untuk merawat tentera yang cedera dan patah supaya penyembuhannya boleh disegerakan.
Wallahu'alam. Kita berusaha, Allah SWT Maha Penyembuh.
Cuka Nipah dan Kurma
Salam,
Aku sangat gembira apabila Allah SWT mengurniakan kesembuhan pada pasien yang datang ke pusat rawatan ku. Yang datang dengan membawa pebagai masalah kesihatan yang kekadang buntu akal fikiran untuk merawatnya tetapi apabila kita menyerahkan bahawa soal kesembuhan itu adalah hak Allah SWT disamping berselawat, maka datang banyak ilham untuk merawat pasien tersebut dengan tiba-tiba.
Aku tersangat gembira apabila dapat menyebar-luaskan rawatan sunah iaitu rawatan yang dibuat dan disyorkan oleh Nabi Muhammad SAW, manusia sangat sempurna yang menjadi kekasih kita semua.
Antara perawatan itu ialah berbekam dan mengamalkan meminum cuka dari herba seperti hadith nabi SAW seperti berikut:
Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
HPA telah mengeluarkan cuka nipah yang berharga sangat berpatutan iaitu hanya RM12.00 sebotol 500 ml. Sebelum itu, kami sekeluarga dan kami juga mengesyorkan cuka kurma yang diimport yang berharga RM20.00 sebotol. Khasiatnya sangat baik dan hanya mereka yang mengamalkan cuka ini sebagai ubat dan makanan yang mengetahuinya.
KHASIAT DAN KELEBIHAN KHAL
KHAL dapat menyembuhkan penyakit yang digeruni dewasa ini seperti kencing manis, darah tinggi, membuang kolesterol, lemak di jantung dan usus, mencegah obesiti,dan penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi. KHAL dapat mencegah masalah asid berlebihan, masalah gout, buasir, masalah usus, sembelit, membuang toksik, menstabilkan kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.
Cuka ini diminum sebanyak sekitar 15 ml selepas sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Rasanya masam dan ianya boleh dicampur dengan air untuk mengurangkan kemasamannya. Ianya lebih sempurna jika dicampur dengan madu sekitar 20 - 30 ml.
Cuka ini juga seperti herba-herba lain, ia akan menunjukkan kesan awal penyembuhan (DOC - Direction of cure) seperti keletihan, demam, sakit badan, bau busuk peluh dan pening. Kesan DOC mungkin sama atau berlainan di antara individu bergantung kepada keadaan pasien itu. Sekiranya DOC tidak terjadi, ini menunjukkan bahawa penggunaan herba tersebut tidak mencukupi dosnya atau tidak sesuai dengan pasien. Sekiranya DOC terlalu kuat sehingga tidak mampu ditanggung oleh pasien, sila kurangkan dos dengan mengurangkan kuantiti setiap kali diambil (contoh: selalu minum 15 ml, kurangkan ke 10 ml sahaja) atau kurangkan kekerapan (contoh 3 kali sehari menjadi 2 kali).
Penyakit datangnya dari Allah SWT untuk menghapuskan dosa kita, maka banyaklah memohon keampuan dariNya atau untuk meningkatkan darjat kita, maka banyaklah bersyukur kepadaNya. Kesembuhan tetap dariNya juga, oleh itu marilah bersama berdoa semoga kesembuhan dan kesihatan Allah SWT kurniakan kepada kita seandainya itu yang lebih baik untuk diri kita. Insya Allah.
Aku kutip artikel dibawah mengenai topik yang sama.
KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM
Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.
http://utusanjamanedan.blogspot.com/2010/04/keperluan-cuka-kurma-oleh-tubuh-badan.html
Wallahu'alam.
Masalah kelakian dengan Bekam.

Salam,
Masalah kelakian seperti mati pucuk dan pancutan pra-matang menjadi masalah utama untuk lelaki dewasa ini. Masalah ini ketara kerana pelbagai sebab antaranya ialah masalah makanan beracun, kualiti air, kualiti udara, onani dan kurang senaman.
Kemaluan lelaki mempunyai banyak urat saraf halus dan dikatakan ianya sebanyak 6 ribu urat saraf. Urat-urat ini mungkin tersumbat oleh darah yang pekat bertoksik. Oleh itu, rawatan yang terbaik ialah dengan mengeluarkan darah tersebut dengan berbekam di sekitar kemaluan, peha dan pinggang. Darah yang keluar akan diganti oleh badan dengan darah baru yang lebih segar, lebih berupaya membawa oksigen dan nutrien, dan pastinya lebih berkualiti meningkatkan kadar pengaliran darah ke kemaluan.
Disamping itu, uratan traditional untuk melancarkan pelancaran darah sangat membantu untuk merawat masalah kelakian ini.
Rawatan herba tertentu seperti Herba Tenaga Hayat dari HPA merupakan herba yang hebat untuk diamalkan tanpa kesan sampingan.
Sure Up ™ Cream Plus dirumuskan dengan 100% minyak essential yang diekstrak daripada herba-herba terpilih dan berfungsi untuk mengurangkan rasa sensitif di bahagian kepala alat sulit lelaki, yang mana ini merupakan penyebab utama kepada ejakulasi pra matang.
Seruan saya kepada pemuda-pemudi supaya segera bernikah kerana fitnah nafsu dan kemaluan ini sangat hebat. Sekiranya sudah ada pilihan hati maka segeralah bernikah dan pelbagai masalah lain yang dihadapi boleh diselesaikan dengan berbincang dengan ibubapa atau pejabat agama yang terdekat. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.
Kepada ibubapa dan pejabat agama, permudahkan dalam urusan pernikahan ini. Semoga pasangan yang hendak bernikah itu mendapat berkat dari Allah SWT dan dikeluarkan mereka dari sebarang masalah yang dihadapi. Insya Allah
Wallahu'alam.
USAHA UNTUK BERUBAT
Semalam saya ke Pondok Jelebu, antara ilmu yang Tuan Guru sampaikan ialah "Nak masuk syurga tanpa amalan adalah mustahil, masuk syurga dengan amalan adalah bidaah".
Selepas kuliah dalam masa berbincang, keluarkan lagi soalan tentang unggapan yang sama.Tuan guru menerangkan bahawa pada lumrahnya nak masuk syurga mesti dengan beramal dan tanpa amalan keinginan itu hanya sesuatu yang mustahil. Tetapi jika kita beramal dan ingin masuk syurga atas amalan itu, sesuatu yang tidak boleh juga. Lantas ada yang menyampuk "Masuk syurga bukan kerana amalan tetapi kerana rahmat dari Ilahi".

GAMBAR: BERBEKAM BOLEH MENYEMBUHKAN PELBAGAI PENYAKIT TERMASUK KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI, INSYA ALLAH.
Saya teringat pula satu unggapan yang saya sering gunakan dalam latihan motivasi dan menyampuk "Tuan Guru, samalah dengan kalau hendak berjaya mesti berusaha tetapi dengan usaha tidak semestinya kita berjaya". Guru menjawab "Ya, usaha tidak mendatangkan bekas".
GAMBAR: REFLEKSOLOGI SANGAT ISTIMEWA TERUTAMA MEMPERBAIKI ORGAN DALAM TERMASUK MASALAH BUAH PINGGANG SEPERTI MASALAH BATU KARANG, INSYA ALLAH.Seorang lain sahabat menyampuk, "Nak anak mesti bersama isteri, mustahil boleh mempunyai anak jika tidak bersama isteri, tapi jika bersama isteri setiap malam pun belum tentu menghasilkan anak".

GAMBAR: KIROPRAKTIK BOLEH MEMBANTU MASALAH TULANG BELAKANG, INSYA ALLAH.
Ilmu tasauf ini kekadang sesekali pandang sukar nak faham, oleh itu penjelasan sangat perlu. Kefahaman itu bermacam-macam dan semuanya adalah dengan kehendak dan rahmat Allah swt juga.
GAMBAR: AKUPUNKTUR JUGA BOLEH MEMBANTU DALAM RAWATAN PELBAGAI PENYAKIT.Begitu juga dalam bidang perubatan ini, "kalau sakit, mestilah berubat untuk sihat tetapi dengan berubat tidak semestinya sihat". Yang memberi sakit kepada kita adalah Allah swt dan yang menyembuhkannya tetap Allah swt juga. Rawatan termasuk dengan berbekam adalah semata-mata amal dan usaha yang tidak mendatangkan bekas kecuali dengan kehendak dan izin dariNya semata-mata. Maka berubatlah, beristifarlah, berdoalah dan bertawakallah. Moga-moga Allah swt menyembuhkan kita dari sebarang penyakit sekiranya itu yang terbaik untuk kita dan atas kehendak dan keizinanNya jua.
Wallahu'alam.
Berbekam boleh merawat sakit kepala dan migrain.
Salam,
Dalam Majalah Solusi keluaran 14 (2009), Dr Farhan Hadi Mohd Taib menulis mengenai perubatan nabi iaitu bertajuk Berbekam Boleh Merawat Migrain.
Saya sangat gembira kerana ketika ini semakin ramai professional mulai terdedah dan menyokong serta mendokong perubatan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw termasuk doktor-doktor perubatan moden/ barat. Dr. Farhan seorang Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Bagan Terap, Sabak Bernam dan merupakan Ahli Pemeriksa Kesihatan Jemaah haji 2009. Perubatan yang diamalkan Nabi Muhammad saw antaranya ialah BERBEKAM.

Gambar: Bekam di atas kepala boleh merawat dan mencegah sakit kepala, migrain, strok dan pelbagai masalah berkaitan kepala. Insya Allah.
Dr. Farhan menulis simptom-simptom migrain ialah seperti:
1) Rasa ngeri seperti ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata.
2) Kesakitan teramat sangat, berdenyut-denyut dan menyerang sebelah kepala dan mungkin disertai dengan sakit kepala yang lain.
3) Pandangan menjadi silau dan kabur dan adakalanya menjadi gelap.
4) Tekak merasa loya, muntah serta kaki dan tangan menjadi sejuk.
5) Pesakit akan menjadi sensitif terhadap sebarang bunyi dan cahaya.
6) Sebahagian pesakit akan mengalami pengumpulan cecair badan sehingga wajah seakan-akan membengkak, kelopak mata menjadi sembab dan tangan serta kaki menjadi besar daripada biasa sehingga cincin dan kasut menjadi sempit.
7) Serangan biasanya akan berakhir dalam tempoh 4-72 jam.

Gambar: darah yang terlalu mudah beku, kegelapan dan tidak mudah telap tisu/ kain adalah darah bertoksik.
Seorang khadam Rasullullah saw mengatakan: "Tidak seorang yang mengadu sakit kepalanya kepada Rasulullah saw melainkan baginda mengatakan. "Berbekamlah" (Sahih Sunan Abi Daud). Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., "Bahawa Rasulullah saw pernah berbekam ketika Baginda berada dalam keadaan berihram daripada sakit yag dirasakan di kepala Baginda". (Sahih Ibn Khuzaimah dengan tahkik al-Azhami).
Saya adalah salah seorang pengidap migrain dan pernah ke Hospital Tawakkal di Jalan Pahang, Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan migrain lebih 5 tahun dahulu. Setiap bulan saya akan menghabiskan sepapan Panadol untuk menghilangkan migrain yang kerap menyerang. Semenjak saya mengamalkan rawatan bekam, saya tidak mengalami sakit kepala yang teruk dan tidak pernah lagi mengambil sebarang ubat tahan sakit. Sekiranya migrain hendak menyerang, bekam adalah jalan penyelesaian terbaik bagi saya. Insya Allah.

Gambar: Bekam di bawah kepala dan tengkuk juga boleh merawat dan mencegah 72 jenis penyakit antaranya sakit kepala, migrain, strok dan pelbagai masalah kepala.
Lebih dari 2 tahun ini sudah ramai pesakit-pesakit yang mendakwa mereka mengidap migrain dan datang untuk mendapatkan rawatan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana bekam adalah jalan penyelesaian yang terbaik juga bagi mereka. Sebagai seorang mukmin sejati, Rasulullah saw adalah suri teladan terbaik bagi kita. Semestinya jika sayangkan Rasulullah saw, maka sayangkan juga sunah perubatan Baginda saw seperti peribahasa "Seperti menjaga intan permata ketika dicanai" bermaksud kasih sayang yang tiada bandingannya.
"Berbekamlah kerana berpahala sebab amalan Nabi Muhammad saw, terapi terbaik untuk merawat semua penyakit serta disarankan oleh para malaikat semasa mikraj". Wallahu'alam.
Bekam dan masalah tulang belakang
Salam,
Masalah kesakitan di tulang belakang sering terjadi atas pelbagai sebab antaranya adalah kemalangan, mengangkat barang yang berat dengan cara manual dan dengan kaedah yang tidak betul, faktor genetik dan sebagainya.
Tulang belakang bermasalah seperti bengkok menyebabkan kesakitan. Selalunya pengidap penyakit ini akan merasa serba salah. Baring terasa sakit, duduk terasa ngilu, berdiri rasa nak rebah. Rasa serba salah ini ibarat seperti "mandi dalam cupak" atau seperti "kuda tua, diperkerjakan tidak boleh, nak bunuh terasa sayang.

Malahan, saraf tunjang yang berada di bahagian tulang belakang boleh tersepit dan menyebabkan pelbagai kesakitan yang lain. Bergantung kepada lokasi di mana saraf tersepit, sekiranya saraf tangan dan kaki tersepit boleh menyebabkan tangan dan kaki merasa kebas, jika saraf kemaluan yang tersepit, implikasinya boleh menyebabkan mati pucuk dan pelbagai lagi masalah sehingga ia boleh menyebabkan lumpuh seluruh badan.

Tulang belakang yang bermasalah atau bengkok perlu dirawat dengan amalan kiropraktik atau senaman yang sesuai. Bekam di tepi tulang yang bermasalah dan herba tertentu boleh membantu merawat tulang tersebut. Ia perlu dibuat selalu kerana tulang tersebut tidak mudah sembuh atau kembali ke tempat asalnya. Sekiranya ia tidak di rawat, kesakitan atau akibat darinya sukar dirawat dan berbekam juga kurang membantu.
Insya Allah. Setiap penyakit ada ubatnya.
Khidmat masyarakat & bekam untuk kuatkan ingatan

Salam.
Pada Sabtu 9hb Jan 2010, HEALTH telah menyertai khidmat masyarakat anjuran Pemuda Teluk Kemang. Khidmat ini adalah pemeriksaan kesihatan percuma dan khidmat bekam di Lukut, Port Dickson. Kami menawarkan harga termurah untuk mempromosikan bekam sebagai rawatan alternatif yang sangat berkesan selaras dengan anjuran Nabi Muhammad saw.

Ramai dan meriah orang berbekam. Rekod terbaru bagi HEALTH dalam khidmat masyarakat setakat ini di mana hampir 30 orang berbekam termasuk sejumlah besar adalah pelajar-pelajar tahfiz.

Pelajar-pelajar tahfiz berbekam di belakang kepala untuk menguatkan ingatan supaya mudah menghafal. Ia juga sesuai untuk menghindarkan rasa mengantuk keterlaluan. Insya Allah swt. Berbekamlah dengan orang yang pakar dalam berbekam kerana kawasan ini dipercayai boleh menghapuskan ingatan seseorang.

Siapa yang ingin anjurkan khidmat berbekam dengan harga yang murah dari pasaran, kami sedia berbincang. Hubungi kami. Insya Allah.
Borang ahli Darul Ansar
1) Sila klik borang untuk besarkan. Terdapat dua muka surat semuanya.
2) Cetak (Print) kedua-dua mukasurat dan isi butir-butir.
3) Bawa borang dan bayaran sebanyak RM20.00 sahaja ke Pusat Terapi HEALTH atau
4) Berjumpa dengan mana-mana AJK Darul Ansar Cawangan Negeri Sembilan atau
5) Bank in RM20.00 ke akaun CIMB: 1216-0012795056 atau Maybank: 162357001095 atas nama Mohamad Husaini bin Husin
6) Fakskan borang dan bukti pembayaran ke 06-675 3604 atau email ke mhhrs@yahoo.co.uk
7) Sila datang semasa kelas pada 10/1/2010 jam 9 mlm untuk memulakan kelas dengan borang asal dan bukti pembayaran.
Terima kasih.
Terapi bekam dan bekam lintah.
Dengan penyakit yang semakin banyak, rawatan tidak terhad kepada perubatan moden. Peningkatan permintaan terhadap perubatan alternatif membuktikan masyarakat mencuba pilihan lain untuk sihat. Walaupun doktor-doktor skeptikal mengenainya, kajian terhadap rawatan itu menunjukkan keberkesanannya terhadap sesetengah kes. Dua dari kaedah rawatan alternatif tersebut adalah terapi bekam dan bekam lintah.
BEKAM

Gambar: Bekam kering/ angin untuk mengesan masalah jantung.
Orang Melayu mengenalinya sebagai bekam. Teknik rawatan tradisional ini menggunakan bahan-bahan seperti buluh, gelas, tembaga dan malahan tanduk kerbau. Ia dikatakan berasal dari rawatan kuno Cina. Ia juga diamalkan oleh orang-orang Jepun dan Arab yang memanggilnya sebagai al-Hijamah.
Dua kaedah bekam iaitu kering dan basah.
Bekam kering, cawan gelas dipanaskan untuk mengujudkan keadaan vakuum. Cawan tadi kemudiannya diletakkan di tempat-tempat tertentu anggota badan untuk menyedut kulit anggota tersebut. Ini membantu membuka liang roma, merangsang pengaliran darah, mengimbang dan melaraskan tenaga yang dikenali sebagai "qi", memecahkan sumbatan pada salur darah dan menjadi tempat di mana toxin dikeluarkan dari badan.

Gambar: Bekam basah/ darah boleh menggunakan jarum atau pisau.
Bekam basah menggunakan tusukan jarum. Apabila cawan diletakkan di tempat tusukan, sedikit darah mungkin keluar dari tempat tusukan untuk membantu mengeluarkan toxin dari tubuh.
Bekam dikatakan boleh mengeluarkan toxin-toxin, mengaktifkan sistem limphatik dan membersihkan sumbatan pada usus besar dan pembuluh darah. Dipercayai bahawa bekam adalah rawatan yang berkesan untuk pelbagai masalah dan kesakitan otot dan tulang, disamping meningkatkan kesihatan secara amnya.
Terapi bekam lintah.
Rawatan menggunakan lintah untuk perubatan semakin popular di antara kesemua rawatan alternatif. Bekam lintah digunakan untuk mengeluarkan darah semenjak 2500 tahun dulu semasa tamadun Mesir kuno lagi.
Bila rawatan moden dikenali, ia telah dikesampingkan dan dilupakan, sehinggalah ia kembali digunakan pada tahun 80an. Terapi lintah kembali digunakan apabila ia digunakan selepas pembedahan mikro untuk menghalang luka dari membengkak dan mengelakkan pengumpallan darah dari berlaku. Lintah akan menyedut lebihan darah, seterusnya mengurangkan tisu membengkak dan meningkatkan kadar penyembuhan selepas pembedahan.
Kajian mendapati bahawa air liur lintah mengandungi 100 bahan biologi aktif termasuk hirudin iaitu bahan yang menghalang pembekuan darah.

Gambar: Terapi bekam lintah.
Terapi bekam lintah dikatakan boleh mengurangkan stres, mengembalikan pola tidur yang normal, merawat penyakit-penyakit jantung, darah tinggi, arthritis dan sebagainya. Ia juga dikatakan boleh menyembuhkan kerosakan pembuluh darah pada tisu-tisu dan organ-organ badan, meningkatkan immuniti (daya tahan tubuh), mempercepatkan pengeluaran toxin dan menghalang strok (angin akhmar)
Ia boleh mengantikan botox dan pembedahan plastik - Artis Hollywood seperti Demi Moore menggunakan kaedah ini untuk mengeluarkan toksik dan membersihkan darahnya. Mungkin kenapa beliau kelihatan lebih muda dari sepatutnya!.

Gambar: Demi Moore mengamalkan terapi bekam lintah.
Diterjemahkan secara bebas dari:
http://info-kesihatan-anda.blogspot.com/2009/03/cupping-and-hirudotherapy.html
Hari ke 17, 19 dan 21 setiap bulan Hijrah adalah hari terbaik untuk berbekam.
Hari ini ialah hari Ahad, 6hb Oktober 2009 bersamaan dengan 19 Zulhijjah 1430 Hijrah. Hari ini adalah di antara hari yang terbaik untuk berbekam dan disarankan oleh Nabi Muhammad saw di dalam hadisnya:
Dari 'Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang dilakukan adalah hari ke 17, 19 dan pada hari ke 21" (Shahih Sunan at-Tirmizi)
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa berbekam pada hari ke 17 dan 19 serta 21, maka dia akan mendapat kesembuhan dari segala macam penyakit" :
(Riwayat Abu Dawud dalam Shahih Sunan Abi Dawud).
Saya senaraikan hari ke 17 Hijrah pada setiap bulan masehi tahun 2010 untuk rujukan bersama:
1) Ahad 3hb Januari 2010 = 17 Muharram 1431
2) Selasa 2hb Februari 2010 = 17 Safar 1431
3) Rabu 3hb Mac 2010 = 17 Rabiulawal 1431
4) Jumaat 2hb April 2010 = 17 Rabiulakhir 1431
5) Ahad 2hb May 2010 = 17 Jamidiawal 1431
6) Isnin 31hb May 2010 = 17 Jamidiakhir 1431 (Bulan May juga)
7) Rabu 30hb Jun 2010 = 17 Rejab 1431
8) Khamis 29 Julai 2010 = 17 Sakban 1431
9) Jumaat 27 Ogos 2010 = 17 Ramadhan 1431
10) Ahad 26 September 2010 = 17 Syawal 1431
11) Isnin 25 Oktober 1410 = 17 Zulkaedah 1431
12) Rabu 24 November 1410 = 17 Zulhijjah 1431
13) Khamis 23 Disember 1410 = 17 Muharram 1432

Gambar: Berbekam di sekitar lutut boleh menyembuhkan kesakitan lutut, Insya Allah.
Semoga dengan senarai ini kita boleh merancang untuk berbekam di hari yang terbaik untuk tujuan mengekalkan kesihatan yang baik. Namun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa sekiranya kita menghadapi masalah kesihatan dan perlukan rawatan.
Kemudahan terkini di pusat terapi.

SELAMAT DATANG KE PUSAT TERAPI HEALTH.
Kami menyediakan kemudahan dan peralatan yang terkini untuk keselesaan para pengunjung dan pasien kami. Kami juga sangat prihatin tentang kebersihan dan "hygiene" pusat terapi kami.

Kami memastikan bahawa pusat terapi dan segala peralatan sentiasa bersih. "Hygiene" dan kelesaan pusat terapi juga dipastikan sentiasa berada di dalam tahap tertinggi untuk anda sebagai pengunjung dan pasien kami.

Kami menyediakan dua bilik khas. Satu bilik dikhaskan untuk terapi bekam dan satu lagi untuk urutan badan. Bilik Terapi Bekam disediakan dengan katil dan trolley peralatan khusus untuk tujuan itu.

Semua peralatan adalah pakai buang kecuali beberapa peralatan yang mahal. Semua peralatan ini kami pastikan direndam dengan antiseptik selama 8 jam dan atau disembur dengan spirit dan atau dimasukkan ke dalam "sterilizer". Proses ini bergantung kepada kegunaan peralatan tersebut dan tahap pendedahan kepada bio hazard.

Kami memastikan setakat yang praktik iaitu keselamatan, kebersihan dan hygiene pusat terapi, semua kemudahan dan peralatannya dipelihara.
Kami juga menempah khas kerusi rehat untuk keselesaan pasien ketika refleksologi dan bekam lintah di kaki atau muka. Pasien kami dapat berehat dengan selesa disamping mendapatkan rawatan dan terapi dari kami.

Lampu garam gunung dipasang di pusat terapi untuk membunuh mikro organisme yang berada di dalam udara. Kami sedang berusaha untuk menambah aromatheraphy yang sesuai untuk ruang terapi dan ruang menunggu.
Kami juga telah, sedang dan akan terus menyediakan kemudahan dan peralatan yang terkini bermatlamat untuk memastikan keselamatan, kebersihan, hygiene dan keselesaan semua pengunjung dan pasien.
Sebelum Allah swt menurunkan penyakit, Dia menurunkan penawarnya terlebih dahulu. Kami berusaha untuk menyembuhkan pasien kami dengan suasana yang selesa, namun penyembuhan adalah milik Allah swt. Semoga dengan usaha yang bersungguh dengan diiringi dengan doa yang telus ikhlas, dikurniakanNya kesihatan kepada kita semua.
Semoga anda berpuashati dengan terapi, rawatan, layanan dan keselesaan yang kami sediakan.
Promosi sempena pembukaan pusat terapi.
Salam,
Kami dengan syarikat bergelar HEALTH (Husaini Excellent Alternative Theraphy) baru membuka pusat terapi beralamat 504, Tingkat 1, Jalan SJ 9/1, Taman Seremban Jaya, 71400, Seremban. Pusat terapi ini di atas Pusat Khidmat BN DUN Senawang. Sila rujuk peta seperti di dalam banner di bawah.

Sehubungan dengan itu, kami menawarkan potongan 30% terhadap semua khidmat terapi kami sehingga akhir tahun 2009 ini.
Kami mengharapkan doa dari semua semoga Pusat Terapi HEALTH ini berjaya dan melangkah gagah dengan cemerlang.
Sesungguhnya Allah swt yang menurunkan penyakit dan Allah swt juga yang menyembuhkannya. Kami tidak boleh berjanji untuk menyembuhkan anda kerana itu hak mutlak Allah swt tetapi kami berjanji untuk berusaha menjalankan terapi yang berkesan untuk merawat masalah anda sehingga anda berpuashati dengan khidmat dan usaha kami. Insya Allah.
"Matlamat kami: Kecemerlangan dalam khidmat terapi untuk pelanggan ".
Other Feeds in Category (Show All Feeds)
| Feed Name |

























