SEJARAH STPM KERTAS 1
TAMADUN DUNIA : TEMA 3 – PEMIKIR KETENTERAAN
Tingkatan 6AS, 6AH dan 6AM , sila buat tugasan ini. Hantar pada 16/1/2012.
Soalan :
Bincangkan idea pemikiran ketenteraan Kautilya pada abad ke 3 SM dengan Niccolo Machiavelli pada abad ke 16 M.
Panduan Jawapan Rujuk Disini :
1. http://sejarahstpm.blogspot.com/2009/01/pemikir-ketenteraan-kautilya.html
2. http://sejarahstpm.blogspot.com/2008/09/pemikir-ketenteraan-kautilya-dan.html
3. http://sejarahstpm.blogspot.com/2011/01/tamadun-dunia-tema-3-pemikir.html
4. http://sejarahstpm.blogspot.com/2010/08/tamadun-dunia-tema-3-pemikir.html
dan lain-lain rujukan yang sesuai.
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
Sejarah Bantu Kita Fahami Akar Umbi Tamadun Bangsa
Sejarah bantu kita fahami akar umbi tamadun bangsa
Oleh Mohd Ayob Abd Razid
ayop_60@yahoo.com
2010/11/01
Langkah jadi subjek wajib lulus pada 2013 bantu generasi muda nilai kemanusiaan, tingkat penghayatan patriotisme
SEJARAH adalah satu cabang ilmu yang berasal dari Yunani pada abad ke-5 Sebelum Masihi (SM). Karya yang mula-mula dianggap sebagai penulisan sejarah ialah Histories, ditulis oleh Herodotus yang dianggap sebagai 'bapa sejarah'.
Karya Herodotus ini membawa maksud penyelidikan atau penyiasatan. Ia diterjemahkan oleh G Rawlinson dengan judul The Persians Wars. Buku terjemahan ini diterbitkan oleh The Modern Library, New York pada 1942.
Dalam bahasa lain, sejarah dikenali seperti berikut iaitu historia di negara Latin, history (Inggeris); storia (Itali), historie (Perancis), geschichte (Jerman), gescheiedenis (Belanda), shih (Cina), itihasa dan purana (Hindu) dan tarikh (Arab). Dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia disebut sejarah (syajarah) yang diambil daripada perkataan Arab ‘syajaratun’ yang bererti pohon, keturunan atau asal-usul.
Sejarah adalah berkaitan dengan perkara atau peristiwa yang sebenar sudah berlaku (Sir John Seely). Ia merakamkan pengalaman kehidupan manusia dalam masyarakat yang bertamadun (G Renier). R G Collingwood menganggap semua sejarah ialah sejarah pemikiran (idea manusia). Lewis Namier pula menyebut bahan atau mauduk yang menjadi perhatian sejarah ialah mengenai tindakan manusia sehingga mencetuskan peristiwa mengikut keadaan dan masa.
Islam sangat memberi perhatian terhadap sejarah. Misri A Muchsin dalam Filsafat Sejarah Islam (Ar-Ruzz Press, Jogjakarta, 2002) menyebut sekitar dua pertiga daripada keseluruhan ayat al-Quran memiliki nilai atau norma sejarah yang mana al-Quran berbicara mengenai perubahan dalam masyarakat yang sangat ditentukan oleh kebaikan dan kejahatan yang dilakukan oleh manusia. Dalam konteks ini, al-Quran berbicara sebab khusus terjadinya perpecahan sosial bangsa yang sudah terlalu jauh menyimpang daripada sendi kebenaran hakiki.
Sejarah sebagai satu ilmu memerlukan kepada penyiasatan dan penyelidikan mengenai peristiwa masa lampau berdasarkan bukti yang ditemui. Daripada bukti atau sumber itu, maka pentafsiran sejarah akan dilakukan oleh sejarawan. Jacob Burchharht menyebut bahawa sejarah ialah pentafsiran berdasarkan kepada sumber. Ini bermakna sejarah ialah pencarian untuk mendapatkan kebenaran, hakikat dan penujuan manusia (Arnold Toynbee).
Dalam konteks ini, Edward Carr menyebut bahawa sejarawan mempunyai dua tugas utama iaitu menyingkap fakta penting dan menyingkirkan fakta historis (bukan fakta sejarah). Sejarawan harus dapat membezakan antara kebenaran dan kepalsuan (pembohongan) sumber sejarah. Ibnu Khaldun sangat tegas dalam perkara mengenai fakta sejarah. Beliau menegaskan sejarawan perlu melakukan dua perkara penting, iaitu memberi pemikiran mendalam terhadap berita mengenai sesuatu peristiwa dan membuat kajian terhadap kebenaran dan kejujuran penutur (pencerita) dan penulis berita itu.
Ilmu sejarah adalah ilmu yang menggunakan pendekatan ilmu sosial. Hasil daripada metodologi kajian sejarah itu membolehkan ahli sejarah melakukan interpretasi sejarah terhadap peristiwa yang dikaji. Interpretasi itu pula bergantung kepada dari segi mana sejarawan itu melihatnya, dimensi mana yang diperhatikan serta undur mana yang diungkapkannya. Misalnya, jika ia menggunakan pendekatan politikologis sudah pasti sejarawan itu akan meneliti atau menyoroti pertentangan kekuasaan, ideologi politik, struktur politik dan jenis pemerintahan serta kepemimpinan.
Yang pasti, dalam apa jua pendekatan yang digunakannya, pengkaji sejarah memerlukan pengetahuan mengenai konsep dan teori ilmu sosial seperti antropologi, sosiologi, geografi, politik, ekonomi, bahasa, kesusasteraan, falsafah dan ilmu sosial yang lain. Malah, dalam keadaan tertentu pengkaji sejarah memerlukan bantuan ilmu fizik dan kimia untuk membuat penilaian mengenai bahan berkaitan fosil, batu bata, bahan purba dan dokumen lama yang dikajinya itu.
Pada sekitar 1920-an, ahli sejarah Perancis yang terdiri daripada aliran ‘Annales’ dianggap berjaya meletakkan ilmu sejarah sebagai ilmu bersifat saintifik dengan sempurna apabila berjaya menggunakan kaedah kuantitatif serta menghuraikan secara sahih peranan pelbagai faktor penyebab seperti geografi, struktur sosial dan pemikiran. Justeru, penulisan sejarah yang dihasilkan oleh ahli sejarah Annales telah memberikan satu nafas baru kepada pengajian ilmu sejarah dengan memperluaskan sudut pandangan ahli sejarah, baik dari segi ruang lingkup mahupun perkaedahan (R Suntharalingam, 1987).
Sebenarnya, bagi mereka yang membuat pengkhususan dalam pengajian sejarah, terlalu banyak cakupan ilmu sejarah yang perlu dikuasainya. Misalnya, seseorang penuntut atau pengkaji dalam pengkajian falsafah sejarah perlu memahami mengenai dasar dan persoalan falsafah sejarah, perkembangan pensejarahan (Timur dan Barat), perkembangan falsafah sejarah mengikut periodisasi, epistemologi sejarah, ontologi sejarah, teleologi sejarah, kosmologi sejarah, eskatologi sejarah, nomologi sejarah dan aksiologi sejarah.
Apakah fungsi sejarah? Apakah sejarah itu hanya dilihat sebagai satu nostalgia ataupun romantisisme yang digunakan sebagai satu pelarian seperti yang ditanggapi oleh orang yang bukan ahlinya. Ibnu Khaldun menyatakan bahawa ilmu sejarah adalah ilmu yang dikaji oleh pelbagai bangsa dan generasi untuk mengetahui mengenai kerajaan dan negara serta perubahan yang terjadi dalam sesuatu masyarakat itu.
Melalui sejarah, sesuatu bangsa itu dapat mengenali mengenai akar umbi serta jatuh bangunnya bangsa itu. Daripada peristiwa sejarah itu jugalah kita dapat memahami dan mengenali hukum sebab akibat daripada sesuatu peristiwa supaya boleh diambil pengajaran daripadanya. Nouruzzaman Shiddiqie dalam pengantar Sejarah Muslim (Nurcahaya, Yogyakarta, 1983) menyebut sejarah sebagai peristiwa masa lampau bukan sekadar memberi maklumat mengenai terjadinya peristiwa itu, tetapi juga memberi interpretasi atas peristiwa yang berlaku dengan melihat kepada hukum sebab akibat untuk dijadikan pengajaran.
Sejarah mampu memperteguhkan semangat dan ketahanan sesuatu bangsa dalam menghadapi krisis atau kekacauan dalam kehidupan semasa. Melalui pengalaman sejarah, ia dapat menyediakan arah garis tertentu serta membina keyakinan dan harapan masa depan yang lebih menyakinkan. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dihasilkan di negara kita adalah didorong oleh pengalaman sejarah bangsa Melayu yang mengalami keterbelakangan dalam penyertaan ekonomi moden kesan daripada dasar yang diamalkan penjajah. Ia adalah berkaitan dengan kesan dan akibat daripada perjalanan sejarah kolonial di negara kita.
Bagi bangsa yang tidak memberikan perhatian kepada sejarahnya, ia akan kehilangan arah dan identiti kerana perilaku, pemikiran dan tindak tanduknya sudah tersasar dan terputus daripada sejarah akar umbi bangsanya. Hakikatnya, apabila kita meneliti negara dan masyarakat kita, maka kita dapati bahawa negara dan masyarakat kita yang wujud hari ini banyak dikenali melalui pelbagai simbol dan lembaga kenegaraan yang ada hubungannya dengan pensejarahan negara.
Justeru, sejarah nasional wajib menjadi sebahagian daripada unit sejarah dalam pengajian sejarah tanah air.
Pada hemat saya, sejarah tradisional tanah air mampu membawa kita mengenal akar umbi ketamadunan bangsa, manakala sejarah moden tanah air yang berkembang pada abad ke-19 dan 20 pula mampu memupuk semangat kita untuk meneruskan pembinaan negara bangsa yang mempunyai identiti dan jati diri yang kukuh.
Kita juga perlu memahami bahawa proses dan perjalanan sejarah tanah air tidak dapat dipisahkan daripada proses sejarah makro antarabangsa yang dalam keadaan, masa dan ruang tertentu turut mempengaruhi banyak aspek pensejarahan tanah air seperti aliran ideologi, politik, nasionalisme, perdagangan, kemasukan teknologi baru dan migrasi bangsa dari negara luar. Proses sejarah itu telah meninggalkan kesan yang cukup besar dalam proses pensejarahan negara.
Kesimpulan, pengajian sejarah akan menjadikan generasi kita memahami proses pembinaan negara bangsa, membangun intelektual, menghargai usaha dan sumbangan tokoh tanah air, membina nilai kemanusiaan serta membentuk warga negara yang patriotik. Melalui penghayatan terhadap pengalaman sejarah tanah air akan meningkatkan kesedaran, kepekaan dan semangat ingin membabitkan diri dalam proses pembinaan negara bangsa secara aktif dan produktif di atas penghayatan patriotisme yang tinggi terhadap tanah air.
Justeru, keputusan kerajaan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 dan Sejarah sebagai subjek teras di sekolah rendah mulai 2014 sangat dialu-alukan.
Penulis ialah Ketua Unit Penerbitan di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sejarahbantukitafahamiakarumbitamadunbangsa/Article
PULUN TERAKHIR SEJARAH 2 !!!!
TAJUK/SKOP YANG BOLEH DIBERI PERHATIAN ………….
Malaysia dan Asia:
1. Peranan dan kedudukan penghulu
2. Pengaruh Islam di Tanah Melayu
3. Gagasan Malaysia
4. Pentadbiran SBUB di Sabah
5. Sistem feudal di China dan Jepun
Malaysia:
1. Sistem pemerinahan beraja
2. Struktur / susun lapis masyarakat Melayu tradisional
3. Ekonomi tradisional
4. Penentangan di Perak, Pahang dan Sabah
5. Getah
6. Sistem pemerintahan Malaysia
7. Malaysia, serantau dan dunia
Asia:
1. Adat
2. Ekonomi
3. Dasar luar
SUMBER BLOG SAHABAT : BLOG LEPAK SEJARAH ( RUJUK SINI )
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
TAMADUN DUNIA : TEMA 2 - EMPAYAR DAN SISTEM BERAJA
SEJAUHMANAKAN FAKTOR KEKUATAN TENTERA BERPERANAN DALAM MENGUKUHKAN SESEBUAH EMPAYAR DALAM TAMADUN AWAL.
A. Pendahuluan :
Menurut Farmer dalam buku, Comparative History of Civilizations, empayar merujuk kepada entiti politik yang menyatukan zon budaya yang luas. Kemunculan empayar disebabkan oleh dasar imperialisme yang menyebabkan berlaku proses penaklukan dan perluasan kuasa terhadap negara-negara lain. Proses perluasan kuasa menyebabkan muncul beberapa empayar seperti empayar Maurya dan Gupta di India, empayar Chin dan Han di China dan empayar Rom di Eropah. Terdapat dua jenis empayar yang utama iaitu empayar daratan dan empayar maritim. Empayar daratan menguasai tanah yang luas seperti empayar Maurya, Gupta, Rom dan Chin. Empayar maritim pula bergantung kepada penguasaan laut seperti empayar Srivijaya dan Majapahit .
Konsep ketahanan dan pertahanan.( Jelaskan )
1. Pengertian ketahanan.
a. Pengertian menurut Islam, ketahanan umat Islam yang utama terletak pada akidah dan syariah. Dengan kemantapan akidahlah, pada peringkat awal umat Islam yang berjuang telah mencapai kemenangan yang gemilang. Ketahanan dalam Islam juga merangkumi aspek fizikal termasuklah jasmani, persiapan alat senjata atau kelengkapan perang. Di samping itu Islam juga menekankan kepada ilmu, sama ada ilmu ketenteraan atau ilmu agama.
b. Bagi tamadun barat pula, ketahanan merujuk kepada ketabahan dan kecekalan yang mencakupi dua unsur, iaitu fizikal dan rohani. Fizikal - pembentukan jasmani dan ketenteraan, manakala rohani - aspek agama, moral, dan jiwa. Ketahanan yang kuat datangnya dari ilmu pengetahuan, pengalaman, kecekapan pelaksanaan.
2. Pengertian pertahanan.
a. Sementara itu pengetian pertahanan dalam Islam merujuk kepada langkah kedua yang berbentuk praktikal bagi melaksanakan dasar-dasar ketahanan untuk membendung kehormatan dan keutuhan agama, masyarakat, dan negara. la juga merangkumi langkah bagi membela mereka yang lemah atau golongan yang dizalimi. Dalam hubungan ini, setiap individu muslim wajib mempertahankan diri, agama, masyarakat, dan negara jika diancam oleh pihak musuh.
b. Dalam tamadun Barat, pertahanan merupakan usaha untuk mempertahankan diri, masyarakat, dan negara daripada ancaman pihak musuh. Dalam hal ini, pertahanan bergantung kepada ketahanan. Setiap warganegara dimestikan mempertahankan diri masyarakat dan negara daripada serangan musuh
B. Isi-isi : [2 x3 M]
FAKTOR KEKUATAN KETENTERAAN.
(MESTI LETAK PERENGGAN ISI PERTAMA)
1. Kekuatan ketenteraan melalui teknologi :
Kekuatan ketenteraan amatlah penting dalam pengukuhan empayar dan bagi Mewujudkan Keamanan Dalam Empayar. Para pemerintah menggunakan tentera untuk mengatasi rampasan kuasa, pemberontakan dan keadaan kacau bilau. Bagi memudahkan tentera mengawal keadaan dalam negara, kota-kota pertahanan, jalanraya dan tembok didirikan. Contohnya pada zaman pemerintahan Maharaja Shih Huang Ti, tembok besar yang dikenali sebagai Tembok Besar China didirikan bagi mengelakkan serangan orang-orang gasar.
2. Jenis Tentera
Dalam Tamadun India pula, kekuatan ketenteraan begitu dominan dalam pengukuhan dan perluasan empayarnya. Dalam hal ini,terdapat empat jenis tentera yang digunakan iaitu tentera bergajah, tentera berkuda, tentera berkereta kuda dan tentera berjalan kaki ( infantri ).
3. Komposisi Tentera
Terdapat juga unit – unit seperti tentera laut, pengintip, kumpulan perintis dan komisariat. Keunikan ketenteraan India ialah penggunaan gajah dan ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan kubu, pintu kota dan benteng pertahanan. Kereta kuda pula digunakan secara meluas pada zaman Maurya dan kebiasaannya Raja – raja India mempunyai angkatan tentera yang besar. Misalnya, Candragupta Maurya mempunyai 600, 000 orang tentera , Rajaraja I mempunyai 900, 000 orangtentera dan Mahendrapala boleh menggerakkan 800,000 orang tentera pada bila-bila masa.
Faktor-faktor lain[5x3M] ( Perenggan seterusnya )
4. Perluasan wilayah :
Salah satu ciri lain dalam pengukuhan empayar ialah perluasan kuasa. Apabila sesebuah empayar menjadi stabil, langkah-langkah diambil untuk memperkembangkan pengaruh di wilayah-wilayah berhampiran. Usaha perluasan kuasa merupakan langkah untuk menundukkan kuasa-kuasa besar di pinggiran yang menggugat kestabilan politik sesebuah empayar. Contohnya, empayar Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya dengan menyatukan negara-negara kecil di utara India. Pembentukan empayar ini bertujuan untuk menundukkan ancaman Yunani.
5. Sistem birokrasi yang teratur :
Kekuatan sesebuah empayar dapat dipertahankan dengan wujudnya sistem pentadbiran yang sistematik dan teratur. Sistem pentadbiran amat penting bagi mengukuhkan cengkaman kuasa kerajaan di seluruh wilayah jajahan takluk. Untuk tujuan tersebut, biasanya sesebuah kerajaan membahagikan empayar kepada wilayah-wilayah yang diperintah oleh gabenor. Kerajaan pusat melantik pemerintah di peringkat wilayah dan sentiasa mengawasi pegawai-pegawai di wilayah. Contohnya, Maharaja Shih Huang Ti telah membahagikan empayarnya kepada 36 wilayah dan wilayah-wilayah ini ditadbir oleh gabenor tentera.
6. Keseragaman budaya :
Pembentukan empayar bertujuan untuk melahirkan keseragaman budaya di seluruh empayar. Dalam konteks ini, lazimnya budaya negara induk akan dijadikan budaya rasmi di seluruh jajahan takluk empayar. Contohnya, Iskandar Zulkarnain menyebarkan kebudayaan Hellenistik yang merupakan paduan antara budaya Yunani dan Parsi ke seluruh empayar. Beberapa bandar baru ditubuhkan sebagai pusat penyebaran kebudayaan Hellenistik seperti Iskandariah dan Antioch.
7. Hegemoni sosial dan ekonomi :
Para pemerintah sesebuah empayar lazimnya akan bertindak menyeragamkan sistem tulisan, ukuran timbangan dan penggunaan matawang. Tindakan ini diambil untuk melicinkan urusan pentadbiran dan juga untuk memupuk semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Contohnya, Sargon Agung telah memperkenalkan bahasa Akkadia sebagai bahasa rasmi empayarnya. Manakala, Asoka yang merupakan pemerintah agung empayar Maurya telah menjadikan bahasa Sanskrit sebagai bahasa rasmi empayarnya bertujuan mewujudkan penyatuan politik dan budaya. Dalam bidang ekonomi pula para pemerintah memperkenalkan sistem timbangan, ukuran dan matawang yang seragam. Contohnya, di Melaka, sistem timbangan berdasarkan ukuran kati dan tahil digunakan.
8. Kewibawaan pemimpin :
Kekuatan dan keutuhan sesebuah empayar bergantung kepada pemimpin yang berwibawa. Pemimpin yang berwibawa dapat mewujudkan kestabilan politik. Ini dapat diwujudkan dengan menggunakan kekuatan tentera. Di samping itu, pemimpin-pemimpin juga memberikan naungan politik kepada pertumbuhan tamadun. Contohnya, Maharaja Shih Huang Ti memberi peluang kepada golongan sarjana yang berminat dengan falsafah Konfucius menjalankan penyelidikan sejarah. Manakala, kerajaan Maurya memberikan naungan politik kepada golongan karyawan untuk bergiat dalam lapangan kesenian dan kesusasteraan.
9. Penyebaran agama :
Pemimpin sesebuah empayar juga bertindak menyebarkan fahaman agama ke wilayah-wilayah jajahan takluk khususnya kepada pemimpin yang terikat dengan sesuatu fahaman agama dan ingin membawa perubahan dalam masyarakat. Contohnya,Maharaja Asoka telah mengambil beberapa langkah untuk menyebarkan agama Buddha dalam empayarnya. Selain, mengadakan siri lawatan ke seluruh empayar untuk menyebarkan agama Buddha, baginda juga melantik pegawai-pegawai yang dikenali sebagai Dharma Mahamatra untuk menyebarkan agama Buddha. Selain itu, Asoka telah mempraktikkan dan mengamalkan ajaran-ajaran Buddha dalam kehidupannya dengan menghentikan amalan membunuh binatang dan memakan daging. Hasil usaha dan langkah-langkah tersebut, agama Buddha telah menjadi agama dunia.
10. Kemajuan komunikasi :
Kejayaan sesebuah empayar juga bergantung kepada sistem pengangkutan dan komunikasi. Rangkaian jalanraya diperlukan untuk menggerakkan pasukan tentera untuk melicinkan pentadbiran. Hal ini dapat dilihat dalam kerajaan Rom pada zaman Augustus Caesar. Beliau telah membina jalanraya-jalanraya yang menghubungkan Rom dengan kebanyakan kawasan jajahannya. Ini telah memudahkan pergerakan tentera ke kawasan jajahan untuk mematahkan sebarang kebangkitan untuk mencabar kepimpinan maharaja.
C. Kesimpulan
Empayar merupakan entiti politik yang lahir daripada kegiatan ketenteraan yang menyebabkan proses perluasan wilayah. Sebagai unit politik yang merangkumi kawasan yang luas, empayar mempunyai beberapa ciri seperti sistem birokrasi kerajaan pusat yang mantap , kehomogenian budaya, agama dan budaya, kekuatan militer, perlaksanaan hegemoni dan sistem naungan ekonomi. Ciri-ciri ini amat penting dalam memantapkan serta mengukuhkan kedudukan sesebuah empayar dari segi politik, ekonomi dan sosial.
HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH SHIH HUANG TI UNTUK MENGUKUHKAN PEMERINTAHAN EMPAYAR TAMADUN CHINA.
HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH SHIH HUANG TI UNTUK MENGUKUHKAN SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA DALAM TAMADUN CHINA.
BINCANGKAN PERANAN SHIH HUANG TI DALAM MEMBINA DAN MENGUKUHKAN EMPAYAR DINASTI CHIN.
Pendahuluan
- Pengenalan Tamadun China: Terletak di Lembah Huang Ho-meluas hingga ke bahagian selatan China. perluasan kawasan bermula zaman Disnasti Chin.
- Latar belakang Dinasti Chin: Kerajaan Chin ini pada asalnya merupakan sebuah wilayah Dinasti Chou yang terletak di kawasan tengah Shensi dan kawasan Timur Kansu. Ia dipercayai diasaskan sebelum tahun 770 SM. Pada permulaannya, kawasan ini merupakan sebuah kawasan pedalaman yang agak mundur tetapi selepas pembaharuan yang dilakukan oleh Shangyang, Kerajaan Chin ini mula berkembang dan menawan ibu kota Kerajaan Chou pada 256 SM. Pada tahun 230 SM - 221 SM, raja Chin menyerang dan menawan kerajaan-kerajaan kecil yang lain dan membentuk Empayar Chin. Empayar Chin ini akhirnya mengalami keruntuhan pada tahun 206 SM disebabkan pemerintah Maharaja Chin yang zalim.
- Latar belakang Shih Huang Ti
- Shih Huang Ti dilahirkan pada tahun 259 SM iaitu pada penghujung tahun dinasti Chou (yang didirikan sekitar 1100 SM) dan meninggal dunia pada tahun 210 SM. .
- Maharaja Shih Huang Ti adalah pengasas Dinasti Chin pada tahun 221 S.M . Namanya sendiri bermaksud First Emperor. Gelaran ini menunjukkan kuasa dan karisma seseorang raja yang dianggap sebagai The Great King dan The King of Kings. Maharaja mempunyai kuasa tertinggi, sumber undang-undang, ketua kerajaan, ketua hakim, dan ketua agama.
- Beliau telah mengasaskan empayar yang luas dan berjaya menyatukan seluruh empayar China ke bawah satu pemerintahan pusat. Kekuasaan jajahannya menjangkau sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.
Isi-isi Jawapan: (7isi x 3m = 21mkh)
Peranan Shih Huang Ti
a. Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa Wilayah
- Pada awalnya, Kerajaan Chin ini bertempat di kawasan yang agak terpencil di kawasan tengah Shensi dan kawasan Timur Kansu. Pada masa ini, Kerajaan Chin merupakan kerajaan yang mundur sekali di antara kerajaan-kerajaan lain di China. Pada tahun 361 SM, raja Chin membuat keputusan untuk memperkuatkan negara dan memperluaskan wilayahnya.
- Pada tahun 246 SM, Ying Zheng (kemudian memakai gelaran Shih Huang Ti) menaiki takhta. Pada masa itu, Chin telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan merupakan kerajaan yang paling kuat ekoran kejayaan dasar memperkuatkan negara oleh pemerintah sebelumnya
- Mulai tahun 230 SM, Kerajaan Chin telah menawan Kerajaan Han, Kerajaan Ch'i (226SM), Kerajaan Wei (225SM), Kerajaan Chu (223SM), dan seterusnya menawan Kerajaan Yen dan Kerajaan Chao pada tahun 222 SM. Pada masa ini, Empayar Chin berjaya dibentuk. Negeri China yang telah berpecah belah selama 800 tahun telah disatukan dan baginda memakai gelaran Shih Huang Ti.
b. Mengukuhkan kedudukan Ekonomi
- Shih Huang Ti lebih mementingkan aktiviti pertanian daripada aktiviti perdagangan. Antara tahun 219 SM - 211 SM, Shih Huang Ti telah memindahkan lebih daripada 100 ribu orang penduduk ke kawasan Utara China untuk mengusahakan tanah terbiar. .
- Shih Huang Ti juga mengambil langkah untuk menghapuskan sistem kewangan yang digunakan oleh kerajaan lama dan digantikan dengan sistem yang berasaskan amalan orang Chin. Selain itu, sistem ukuran yang diubahsuai dan disatukan di seluruh Empayar. Kesemuanya ini telah membantu perkembangan ekonomi.
- Jalan raya dibina di sekitar empayarnya bagi memudahkan pemerintahan dan kewujudannya merangsangkan lagi perkembangan ekonomi dalam negara.
c. Membentuk Angkatan Tentera yang Kuat
- Empayar Chin mempunyai angkatan tentera yang kuat. Hal ini dapat dibuktikan apabila Chin hanya menggunakan masa yang singkat untuk menyatukan negeri China yang berpecah belah sejak 230 SM, iaitu lebih kurang 8 tahun. Selain itu, serangan orang nomad dan pemberontakan dapat dipatahkan. Empayar Chin juga dapat mengekalkan keamanan dalam empayarnya dan ini adalah hasil daripada memiliki angkatan tentera yang kuat.
d. Memperkukuh sistem pertahanan daripada serangan luar
- Mempertahankan negara daripada serangan orang gasar khususnya orang Hsiung Nu dengan membina Tembok Besar Negeri China. Menyambung pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dilengkapi dengan menara kawalan untuk memerhati gerakan musuh.
e. Melaksanakan Undang-undang yang ketat dan teratur
- Pemerintahan yang diamalkan oleh Empayar Chin adalah bercorak autokratik, iaitu rakyat mesti diperintah dengan tegas dan mutlak. Undang-undang yang ketat telah diperkenalkan oleh Han Fei Tsu, seorang pendukung falsafah legalisme. Beliau berpendapat bahawa pemerintah yang berteraskan undang-undang lebih baik daripada pemerintahan melalui teladan. Oleh itu, buku-buku ajaran Confucius telah dibakar kerana bertentangan dengan dasar yang diamalkannya.Sarjana-sarjana yang ingkar dihukum bunuh.Untuk mengelakkan pemberontakan, rakyat yang memiliki lembing, tombak, anak panah, dan kereta kuda dipaksa menyerahkan senjata-senjata tersebut kepada kerajaan.
- Penduduk di China diatur dalam kumpulan-kumpulan keluarga yang mempunyai tanggungjawab bersama untuk menyediakan guna tenaga dalam kerja-kerja pembinaan dan ketenteraan.Sistem ini dikuatkuasakan melalui kanun keseksaan yang kejam.Kaedah pemerintahan seperti ini dikuatkuasakan oleh Shih Huang Ti di seluruh negara China untuk menyatukan Negara China dan mengukuhkan pemerintahannya.
f. Melaksanakan Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran yang Kemas/Sistematik
- Menjalankan sistem pemerintahan berpusat: Menubuhkan ibu kota di Hsein Yang sebagai pusat pemerintahan.Semua kuasa kerajaan adalah di bawah kuasa maharaja yang memerintah terus dari ibu kota.Menjalankan pemerintahan bersifat autokratik. Shih Huang Ti menjalankan pemerintahan berpusat iaitu meletakkan semua kusa negeri di bawah kerajaan pusat.
- Membuat perubahan dalam pentadbiran wilayah/provinsi: Membahagikan empayar kepada 36 wilayah (kemudiannya 42 wilayah) yang dikenali sebagai "Jiunn". Semua wilayah dan daerah ini ditadbir secara langsung oleh kerajaan pusat dan kerajaan pusat sahaja yang berkuasa melantik atau melucutkan pegawai yang memerintah kawasan ini. Di dalam kerajaan pusat pula, baginda melantik 3 orang pegawai tertinggi dan selepasnya ialah 9 orang pegawai utama.
- Mewujudkan tiga pentadbiran utama: Maharaja bertanggungjawab kepada tiga pentadbiran utama iaitu Canselor, Setiausaha Imperial dan Grand Commandant.Bertanggungjawab menasihati raja dan menguruskan istana.Masing-masing mempunyai tugas khas. Tanggungjawab ketiga-tiga jawatan tersebut diagihkan sesama mereka hinggakan tiada seorang pun berada dalam kedudukan yang mampu menggulingkan kuasa maharaja. Dengan demikian dapat mengukuhkan kuasa maharaja.
g. Menghapuskan sistem feudal. Menghapuskan sistem feudal dengan menyekat kuasa dan pengaruh golongan aristokrat/bangsawan serta pegawai-pegawai feudal di peringkat wilayah dan daerah.Merampas tanah golongan aristokrat/bangsawan dan mengarahkan mereka tinggal di sekitar kawasan istananya.Lebih 120 000 orang aristokrat telah diarahkan ke ibu negeri iaitu Hsien Yang, pusat kerajaan Dinasti Chin. Shih Huang Ti melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir wilayah yang terdiri daripada ahli keluarganya atau pegawai tentera yang banyak berjasa kepadanya.Pemerintahan wilayah dikawal oleh pusat pemerintahan maharaja.Ia bertujuan untuk mengelakkan wilayah membentuk kerajaan dan mencabar kerajaan pusat sebagaimana dalam sistem feudal.
h. Memperkenalkan ‘scholar system’ Melatih sekumpulan kakitangan awam yang mempunyai pendidikan untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawai yang berkhidmat dengannya.Dilatih selama 15 tahun untuk menjadi kakitangan awam yang akan berkhidmat kepada maharaja.Melalui sistem ini tiada lagi golongan bangsawan dilantik secara warisan melalui sistem feudal tetapi mesti berdasarkan kelulusan dalam peperiksaan awam yang dijalankan dengan ketat. Ini dapat mengukuhkan kuasa maharaja.
i. Melantik pemerhati/perisik wilayahUntuk mengawal pentadbiran wilayah, seorang pemerhati dilantik bagi mengawasi tindak-tanduk gabenor-gabenor di wilayah.Pegawai-pegawai pemerhati ini akan melaporkan kepada maharaja di kerajaan pusat dan dengan cara ini maharaja boleh mengawal semua wilayah dalam empayarnya.
j. Wujudnya Hubungan antara Jajahan: Bagi menyenangkan pemerintahan berpusat, Shih Huang Ti mengarahkan pembinaan jalan raja dalam empayar dan ini telah mewujudkan hubungan antara jajahan takluk dengan jajahan takluk dan antara jajahan takluk dengan kerajaan pusat. Jalan raya ini dibina bermula dari Sien Yang berhala ke Timur sehingga ke kawasan Hopeh, Liao Ning dan Shantung; ke Selatan pula sehingga ke Chekiang dan Kiangsi. Hubungan yang wujud adalah bersifat ketenteraan, perdagangan dan kebudayaan.
k. Penyatuan bahasa dan budaya
- Setelah berjaya menguasai keseluruhan wilayah China Shih Huang Tin akhirnya telah memberi satu negara, satu bahasa dan satu bangsa kepada wilayah-wilayah yang ditakluknya. China di panggil China kerana bangsa baginda merupakan bangsa Chin.
- Baginda mewajibkan bahasa rasmi China adalah mandarin. Mereka boleh bertutur dalam dialek masing-masing tetapi mandarin menyatukan mereka dan memberi mereka bangsa China yang asalnya dari berbagai-bagai wilayah.
Kesimpulan:
- Shih Huang Ti berjaya mengukuhkan pemerintahannya.
- Sikap beliau yang autokratik dan zalim menyebabkan rakyat cuba memberontak tetapi gagal.
- Sistem beraja Dinasti Chin mengalami keruntuhan selepas kematian Shih Huang Ti pada tahun 210 S.M kerana penggantinya lemah dan tidak dapat mengawal seluruh empayar yang luas.
JELASKAN PERANAN MAHARAJA ASOKA DALAM MEMBINA KEAGUNGAN EMPAYAR DINASTI MAURYA.
A. PENGENALAN
1. Latar belakang Empayar Maurya :
a . Merupakan empayar yang pertama di India bermula pada tahun 321 SM.
b. Diasaskan oleh Chandragupta Maurya.
c. Pentadbiran empayar ini begitu menyerlah semasa pemerintahan rajanya yang ketiga iaitu Asoka.
2. Latar belakang Asoka
a. Asoka dikatakan menaiki takhta sekitar tahun 269 S.M., tiga atau empat tahun selepas kemangkatan ayahandanya, Bindusura.
b. Baginda adalah pewaris takhta kerajaan Maurya yang ketiga.
c. Asoka bukan sahaja mengukir nama dalam bidang perluasan kuasa, malah dalam bidang-bidang lain.
3. Penegasan soalan - sebarang kenyataan tentang kejayaan Asoka mencipta keagungan empayar Maurya
B. ISI-ISI PENTING ( 7 isi X 3 markah = 21 markah)
1. Kegemilangan empayar Maurya berada di puncak ketika pemerintahan Asoka. Kejayaan dasar perluasan Asoka tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemerintah India. Empayar Maurya semasa pemerintahan Asoka mengalami perkembangan pesat apabila keamanan dapat diwujudkan hingga membolehkan berlakunya kemajuan dalam pelbagai bidang termasuklah kewujudan satu sistem pentadbiran yang bercorak birokrasi yang berkesan.
2. Sungguhpun dikatakan tidak ada banyak bezanya pentadbiran Asoka dengan datuknya, Chandragupta, namun Asoka menegaskan prinsip kerajaannya yang mengutamakan kebajikan dan keselamatan rakyatnya.
3. Perubahan yang berlaku itu ada kaitan langsung dengan aktiviti penaklukan yang dilakukan ke atas sebuah kerajaan kecil di selatan iaitu Kalinga (sekarang Orissa). Kalinga dikatakan mempunyai tanah yang subur ini tidak mahu tunduk dengan Kekuasaan Maurya. Ekspedisi ketenteraan ke Kalinga diketuai sendiri oleh Asoka. Biarpun mencapai kemenangan dalam peperangan ini, namun peperangan ini telah mengorbankan 100, 000 orang dan lebih 150, 000 lagi tentera ditawan. Angka ini merujuk kepada tentera musuh sahaja, tidak termasuk kecederaan di pihak Maurya. Akibatnya berlaku perubahan drastik Asoka daripada ekspedisi ketenteraan kepada ekspedisi keagamaan apabila menganut ajaran Buddha.
4. Mubaligh-mubaligh agama Buddha dihantar ke kebanyakan bahagian di India dan luar negara seperti ke Sri Lanka, Syria, Mesir dan Greece. Puteranya, Mahendra dan puterinya Sanghamitra dihantar ke Sri Lanka untuk menyebarkan agama Buddha. Asoka turut menjadi sami Buddha dan menjadi ahli Pertubuhan Sami-sami Buddha, Sanga, satu keputusan yang harus dipuji kerana baginda sanggup menjadi ahli dalam pertubuhan yang dipimpin oleh rakyatnya.
5. Baginda turut menunjukkan sikap toleransi agama apabila memberi bantuan dan derma kepada golongan Brahman, penganut Hindu dan penganut agama Jaina. Melihatkan perkembangan ini, Rudolf Hoernle dan Herbert A. Stark merumuskan bahawa salah satu peristiwa penting dalam empayar Maurya ialah perkembangan dua agama ternama iaitu Buddha dan Jainism. Mereka juga bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan menjaga kebajikan agama-agama lain selain agama Buddha. Pegawai-pegawai ini juga diminta meneliti kes-kes yang boleh diringankan hukuman.
6. Beberapa pembaharuan dalam pentadbiran telah dilakukan oleh Asoka untuk memantapkan sistem pemerintahannya. Pertama, Asoka telah mewujudkan jawatan pegawai-pegawai khas Dharma Mahamatra atau Dhamma-Mahamatas yang ditugaskan untuk menyebarkan dharma di kalangan rakyatnya.
7. Memperkenalkan dikri (peraturan Asoka). Baginda juga dikatakan merupakan pemerintah pertama yang berjaya berhubung terus dengan rakyatnya melalui dikri atau titah perintahnya. Titah perintah yang diukir pada batu, tiang-tiang dan gua mengandungi idea dan pandangan pemerintah teragung Maurya itu tentang agama, pemerintahan dan tingkahlaku rakyat yang dikehendaki. Titah perintahnya itu bertujuan untuk menyebarkan dharma di kalangan rakyat.
8. Asoka turut memberi sumbangan dalam bidang seni bina. Baginda dikatakan menjadi pengasas dua buah bandar iaitu Srinaga di Kashmir dan Lalitapatan di Nepal. Baginda juga membina monastri (kuil) dan kediaman untuk sami-sami Buddha. Pada zaman ini juga terdapat beribu stupa untuk menyimpan bahan-bahan yang berkaitan dengan Buddha.
9.Dalam bidang sosial, Asoka turut dikenang sebagai pemerintah yang berjiwa rakyat kerana menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat. Antaranya termasuklah menubuhkan Jabatan Orang Asli yang pertama di dunia, mendirikan rumah perlindungan kepada wanita teraniaya khususnya di kalangan balu, mendirikan rumah orang cacat dan rumah anak yatim piatu, membina hospital haiwan, mengusahakan projek simpanan makanan untuk membantu mangsa-mangsa bencana alam dan mewujudkan institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Nalanda yang dianggap universiti tertua di dunia. Rumah-rumah rehat pula dibina, perigi digali dan pokok-pokok ditanam di sepanjang jalan raya. Menggalakkan penggunaan bahasa-bahasa tempatan seperti Bahasa Palli, Prakrit. Buat pertama kalinya dalam pemerintahan empayar Maurya, kerajaan membuka petempatan-petempatan baru bagi mengatasi masalah kepadatan penduduk di bandar-bandar utama. Selepas Perang Kalinga, lebih 150 000 penduduk miskin kebanyakan dari golongan Sudra dipindahkan. Mereka juga dibekalkan dengan binatang ternakan, baja dan wang untuk keperluan di tempat baru.
I0. Sumbangan dalam bidang ekonomi. Jalan-jalan raya dibina untuk memudahkan sistem perdagangan dijalankan dengan lebih baik di seluruh empayarnya. Asoka masih mengekalkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Syria, Mesir, Makedonia dan Cyrene di Afrika Utara. India mengeksport rempah, batu permata bermutu, minyak wangi, sutera dan gading kepada kerajaan-kerajaan tersebut. Barang-barang yang diimport dari kawasan berkenaan pula termasuklah kain putih (linen), bekas kaca, besi bermutu, dan herba perubatan.
C. KESIMPULAN
Pencapaian Asoka dalam pelbagai bidang jelas membuktikan bahawa baginda adalah tokoh terbilang yang pernah dilahirkan oleh India. dalam bidang perluasan wilayah, nama Asoka boleh diletakkan sebaris dengan Alaxender The Great dari Yunani, Julius Caesar dari Rom dan Shih Huang Ti dari China.
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
TAMADUN ISLAM : TEMA 1 – CIRI-CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIYAH DAN ISLAM
BINCANGKAN CORAK KEHIDUPAN MASYARAKAT ARAB JAHILIYAH.
Pendahuluan: ( 3 markah )
1. Dari segi bahasa Arab ‘jahala’ bererti ‘jahil’ atau ‘jahlun’ atau ‘jahlatun’ bererti bodoh dan sesat.
2. Dari segi istilah atau syarak:
- Ia merujuk kepada kejahilan dalam aspek akidah dan hukum-hukum agama Allah.
- Arab Jahiliah juga merujuk kepada satu zaman yang penuh dengan kegelapan, kejahilan dan kebodohan atau zaman yang tidak mempunyai peraturan hidup serta tidak mempunyai peraturan yang sah di sisi Allah.
3. Ciri-ciri Zaman Arab Jahiliah:
- Tidak mempunyai Nabi atau Rasul sebagai pembimbing.
- Tidak mempunyai kitab sebagai petunjuk.
- Tiada perkembangan ilmu (menyebabkan keseluruhan masyarakat buta huruf dan jahil)
- Tidak mempunyai peradaban atau tamadun
- Masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
- Masyarakatnya tidak patuh kepada syariat Allah dan tidak mengesakannya.
- Wujud selama kira-kira 300 tahun iaitu selepas kejatuhan kerajaan Saba / Himyar hingga zaman kelahiran Islam.
-
Isi-isi Jawapan (7 isi x 3markah = 21markah)
a. Corak perhubungan masyarakat
- Berdasarkan sistem kabilah. Pembentukannya berlandaskan pertalian darah kekeluargaan dan keturunan.
- Mengamalkan fahaman asabiyah / semangat kesukuan - setiap kabilah berbangga terhadap kabilah sendiri sahaja - tidak menerima suku-suku Arab lain – memandang hina kabilah lain - masyarakat tertutup.
- Memberi perlindungan terhadap ahli-ahli suku walaupun mereka bersalah.
- Peperangan antara kabilah sering berlaku – Sebab-sebab peperangan selalunya berpunca dari perebutan sumber air / padang rumput, mempertahankan anggota suku / kabilah atau kerana menuntut bela kematian ahli suku yang dibunuh oleh suku lain. Contoh perang ialah Perang Harb al-Basus antara Bani Bakar dan Bani Taghlib. Kemenangan dalam peperangan dianggap penting kerana meningkatkan pengaruh, kekuasaan dan kekayaan sesuatu kablah. Kabilah yang tewas akan dijadikan hamba.
b. Corak susun lapis masyarakat
- Susun lapis masyarakat (bangsawan / hamba). Wujud jurang sosial yang luas antara golongan bangsawan dan golongan bawahan. Golongan bangsawan seperti pemidato dan pahlawan dianggap mulia sementara golongan miskin dan hamba dianggap hina.
- Sistem perhambaan – hamba terdiri daripana hamba asal/keturunan atau hamba tawanan perang. Sistem perhambaan ini menjadi ukuran kekayaan seseorang.
- Perdagangan hamba
- Layanan terhadap golongan hamba
- Penindasan golongan atasan terhadap golongan bawahan / lemah
c. Kelompok masyarakat Arab Jahiliah :
Terbahagi 2 iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadhari. Golongan Hadhari tinggal di kawasan bandar. Mereka lebih bersikap terbuka kerana berpeluang berhubung dengan masyarakat luar. Golongan Badwi pula tinggal di kawasan pedalaman / padang pasir secara nomad. Masyarakat mereka lebih tertutup. Struktur Masyarakat Arab Hadhari terdiri daripada golongan bangsawan – pemerintah dan para pedagang, Golongan agama - ketua agama, tukang tilik dan penyair, Masyarakat awam – rakyat biasa, golongan wanita dan golongan hamba
d. Amalan-amalan perkahwinan – poligami secara berlebihan , polyandri dan alibtiza.
e. Kedudukan wanita – rendah dan hanya menjadi alat pemuas nafsu. Wanita isteri bangsawan mempunyai kedudukan tinggi dari golongan rakyat biasa / hamba.
f. Pembunuhan kanak-kanak perempuan – pembunuhan disebabkan kelahiran anak perempuan akan membawa bencana / sial kepada keluarga – pembunuhan kadang-kala dilakukan oleh ibu bayi itu sendiri – lazimnya ditanam hidup-hidup – tujuannya bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu. Walaubagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darul Nadwah dijadikan tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil baligh.
g. Rompakan dan pergaduhan juga sering berlaku – rompakan mendorong ke arah pembunuhan dan menjadi kayu pengukur keberanian seseorang.
h. Tiada peraturan / undang-undang – yang wujud hanya undang-undang membalas dendam. Arab Jahiliah terutamanya golongan Badwi tidak suka dikongkong oleh undang-undang. Mereka gemar gaya hidup liar dan bebas.
i. Ciri-ciri Akhlak
- Mengamalkan amalan-amalan tradisi / kebiasaan.
- Berakhlak rendah - tingkah laku yang kasar
- Minum arak, berjudi, pelacuran / zina.
- Sikap bongkak, sombong
- Tiada peraturan sosial untuk dipatuhi – mereka hanya menurut peraturan dan undang – undang hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan. Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian, pelacuran dan pembunuhan. Kegiatan hidup berasaskan kehendak diri sendiri – mereka mengenepikan nilai-nilai kemanusiaan serta keredhaan Allah.
- Dua sikap positif mereka ialah : Amat menghormati tetamu: Walaupun orang – orang Arab jahiliyah digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun orang Arab jahiliyah memiliki sifat – sifat positif dan mulia. Mereka amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya. Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat. Adakalanya mereka sanggup berhutang semata – mata ingin menghormarti tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya. Amat berpegang teguh kepada janji. Mereka akan menunaikan janji walaun melibatkan soal keselamatan nyawa. Orang – orang Arab jahiliah juga memiliki sifat – sifat positif yang lain antaranya menghormati dan mentaati pemimpin.
j. Ilmu pengetahuan / tamadun masyarakat Arab Jahiliah
- Buta huruf. Hanya 17 orang sahaja yang celik huruf.
- Kamahiran bersyair (sastera) hanya digunakan untuk melahirkan perasaan secara spontan.
- Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berpidato hanya berkaitan pekara-perkara lampau yang tidak ilmiah.
- Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri – ciri kejahilan sangat ketara di kalangan mereka.
k. Corak Kepercayaan
i. Mengamalkan agama dan kepercayaan yang sesat dan tidak diredhai. AJ (Arab Jahiliah) menganggap segala yang boleh memberikan keuntungan / manfaat kepada mereka berhak disembah. Mereka menyembah pelbagai tuhan berbentuk objek kebendaan atau secara tahyul.
ii. Antara kepercayaan mereka ialah menyembahan berhala, Penyembahan cakrawala, Polydemonisme / penyembahan jin dewa-dewa, Majusi / Zoroester, Penyembahan Tuhan Padang Pasir, Animisme, Agama Yahudi, Agama Nasrani dan Kepercayaan berunsur adat / tahyul yang tidak dipastikan asal-usulnya. Seperti mempercayai tangkal azimat, roh orang mati akan menjadi burung, Mempercayai binatang yang melintas di tengah perjalanan – jika ke kanan akan membawa kebaikan dan jika ke kiri akan membawa kecelakaan dll.
l. Corak Ekonomi
i. Keadaan ekonomi keseluruhan: Merosot berikutan keruntuhan empangan Maarib dan kejatuhan beberapa kawasan kaya kepada pihak penjajah. Ekonomi tidak berkembang kerana mengamalkan kehidupan nomad.
ii. Aktiviti ekonomi:
- Masyarakat Hadhari menjalankan aktiviti perdagangan di kota-kota dan wilayah utama seperti Mekah, Hirah, Ghassan, Syam dan Yaman. Kecuali Mekah, perdagangn wilayah-wilayah Arab lain kurang menggalakkan kerana dimonopoli oleh penjajah. Barang-barang dagangan terdiri dari buah-buahan, pakaian, hamba, berhala, rempah dan emas. Perdagangan dijalankan secara bermusim iaitu pada musim sejuk pedagang2 akan ke selatan (Yaman) dan musim panas ke utara (Syam). Perdagangan secara tukar barang. Unsur penipuan dalam perdagangan (timbang sukatan, kualiti dll) dan amalan riba berleluasa. Golongan bawahan paling menderita ekoran wujudnya penindasan ekonomi. Wujud juga hubungan dagang dengan masyarakat Badwi untuk mendapatkan haiwan ternakan.
- Masyarakat Badwi menjalankan aktiviti pertanian seperti kurma dan bijirin. Keseluruhannya dilakukan secara nomad berikutan masalah sumber air. Sebelum zaman jahiliyah, Yaman memperlihatkan aktivti pertanian tetap yang menggalakkan berikutan adanya Empangan Maarib sebagai sumber pengairan. Namun pada zaman Jahiliah, aktiviti pertanian mengalami kemerosotan berikutan runtuhnya empangan tersebut dan masyarakat mula berpindah ke tempat lain untuk mencari sumber ekonomi baru. Aktiviti ternakan seperti unta, kuda dan biri-biri yang juga dilakukan secara nomad kerana kekurangan kawasan ragut dan sumber air.
- Aktiviti ekonomi lain: Aktiviti pengukiran dan penjualan berhala merupakan antara aktiviti yang menguntungkan terutama pada musim mengerjakan haji. Berhala diukir menggunakan kayu dan batu dalam pelbagai bentuk. Justeru itu mereka menentang Islam yang mengharamkan pengukiran, penjualan dan penyembahan berhala.
m. Corak politik
- Pemerintah cenderung untuk menjaga kepentingan diri sendiri.
- Politik berkabilah – Ketua digelar ‘syeikh’. Ketua dilantik berdasarkan kekayaan, keberanian dan kehebatan berpidato. Anggota kabilah hanya setia pada anggota kabilah masing-masing. Pembentukan kabilah bermula dari keluaga/khemah, Hayy/ Kawasan, Kaum/Suku dan akhirnya Kabilah.
- Sikap berpuak-puak dan sering berperang kerana perebutan kuasa untuk menjadi pentadbir urusan haji dan penjaga Kaabah (dua jawatan yang dipandang mulia), aktiviti perdagangan / persaingan ekonomi atau persaingan ketenteraan.
Kesimpulan ( 1 markah )
Apa sahaja yang berkaitan.
Selepas kedatangan syiar Islam corak kegiatan masyarakat Arab jahiliyah telah berubah kepada nilai-nilai keIslaman dari segi politik sosio, ekonomi dan keagamaan.
BANDINGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT ARAB PADA ZAMAN JAHILIYAH DENGAN MASYARAKAT ISLAM PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW DI SEMENANJUNG TANAH ARAB.
A. PENGENALAN (3 Markah)
1. Zaman Jahiliyah
Zaman Jahiliyah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup pada zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai akhlak yang buruk. Jahiliyah bermaksud jahil atau bodoh berasal daripada perkataan Arab “jahlun”, “jahalatun”. Zaman ini berlaku 300tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW iaitu bermula daripada kejatuhan empangan Maa‟rib sehingga kedatangan Islam.
2. Perkembangan masyarakat Islam zaman Nabi Muhammad saw
Nabi Muhammad saw telah dilantik menjadi rasul semasa baginda berumur 40 tahun. Dakwah Islam berlangsung selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Selama 23 tahun, Islam telah berkembang dan masyarakat Islam berjaya dipimpin oleh Nabi Muhammad saw di bawah pentadbiran Negara Islam Madinah.
B.ISI-ISI PENTING (5 Isi X 4 Markah = 20 Markah)
1. Kepercayaan
a) Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala. Pada asalnya mereka ialah pengikut ajaran Hanif tetapi ajaran ini diselewengkan dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Pada masa ini Mekah berperanan sebagai pusat penyembahan berhala. Agama lain yang dianuti ialah ajaran animisme, Sabiah, Majusi, Nasrani dan Yahudi. Masyarakat pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan karut.
b) Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru agama untuk memperkukuhkan akidah dan amalan mereka. Di samping itu, nabi telah menjalankan dasar kebebasan beragama terutama ke atas masyarakat Yahudi dan mereka diberi kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab Madinah menerima agama Islam.
2. Hubungan masyarakat
a) Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing. Setiap individu mempunyai ketaatan kepada kabilah dan sangat prejudis kepada kabilah yang lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada kabilah tanpa mengira sama ada mereka berada dalam keadaan benar atau salah. Ini telah menimbulkan masalah permusuhan antara kabilah berleluasa.
b) Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku. Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan digantikan dengan ikatan persaudaraan Islam. Contohnya, Nabi berjaya mempersaudarakan orang Ansar dengan Muhajirin.
3. Peperangan
a) Permusuhan antara suku atau kabilah telah membawa peperangan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Perang balas dendam sering berlarutan. Contohnya, Perang al- Basus berlarutan selama 40 tahun.
b) Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj. Sebelum memeluk Islam mereka terlibat dalam peperangan Al- Buath kerana merebut kepimpinan Kota Madinah. Peperangan yang wujud di zaman Islam merupakan satu langkah mempertahankan agama, masyarakat dan Negara Islam daripada ancaman musuh terutama serangan orang Quraisy Mekah dan pengkhianatan orang Yahudi.
4. Kelas masyarakat
a) Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas dalam masyarakat. Golongan bangsawan merupakan golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara meluas. Mereka tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak mereka.
b) Dalam masyarakat Islam menitik beratkan konsep persamaan taraf. Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah. Kemuliaan manusia berdasarkan kepada ketakwaanya kepada Allah. Manusia tidak dibezakan mengikut kekayaan atau pangkat mereka.
5. Kedudukan wanita
a) Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita. Fungsi mereka hanyalah sebagai alat kepada kaum lelaki. Mereka dianggap sebagai barang dagangan dan ada di kalangan mereka yang kematian suami, menjadi rebutan anak- anak lelaki suami mereka. Keadaan ini menyebabkan suku bani Tamim telah menanam bayi perempuan bagi mengelakkan mereka dipandang rendah.
b) Nabi mengajar masyarakat Islam di Madinah memandang mulia golongan wanita. Mereka perlu dipelihara maruah dan kebajikan mereka. Kaum wanita memainkan peranan yang sama pentingnya dengan golongan lelaki.
6. Akhlak
a) Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak yang buruk seperti berzina, melacur, membunuh, minum arak dan berjudi. Nilai ini telah sebati dengan kehidupan mereka.
b) Islam menekankan akhlak mulia. Bermula dengan perjanjian Al- Aqabah 1 masyarakat Madinah berjanji tidak akan menipu, berzina, dan membunuh. Nabi Berjaya mengikis segala amalan akhlak yang buruk di kalangan orang Islam di Madinah.
7. Politik
a) Sistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam. Kerajaan yang wujud lebih bersifat monarki dan terletak di bawah kuasa asing seperti Parsi dan Rom. Masyarakat golongan Badwi mengamalkan sistem politik kabilah masing-masing. Sementara itu, masyarakat kota Mekah menjalankan sistem politik kabilah.
b) Kerajaan Islam Madinah wujud berasakan perlembagaan Madinah. Undang- undang utama yang digunakan ialah Al- Quran. Segala keputusan negara dilakukan melalui konsep syura. Masjid menjadi institusi yang penting dala kerajaan Madinah.
8. Nilai-nilai positif
Dalam masyarakat Jahiliah terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu, berpegang teguh kepada janji, memberi perlindungan kepada nabi Muhammad SAW. Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai Islam.
9. Pendidikan dan ilmu pengetahuan
Masyarakat Arab Jahiliyah tidak tahu membaca dan menulis. Berdasarkan catatan sejarah, dikatakan hanya 17 orang sahaja yang tahu membaca dan menulis. Masyarakat Arab Jahiliyah tidak dapat membina semula empangan Maarib selepas runtuh. Masyarakat Islam pula menitikberatkan ilmu pengetahuan. Wahyu pertama menekankan aspek membaca atau mempelajari ilmu pengetahuan. Kesannya, masyarakat Islam lahir sebagai masyarakat yang berilmu pengetahuan.
10.Amalan ekonomi
Amalan ekonomi masyarakat Arab berdasarkan amalan riba, penindasan, dan kezaliman. Mereka sering menindas golongan miskin, menipu dalam sukatan dan timbangan. Masyarakat Islam pula menjalankan perniagaan berlandaskan syarak dengan mengharamkan riba. Sistem zakat dilaksanakan bagi membantu golongan miskin.
11. Identiti masyarakat
Keutamaan pada bangsa ditekankan pada zaman Jahiliah. Pada zaman Islam, ditekankan aspek persaudaraan Islam.
C. KESIMPULAN (2 Markah) Apa-apa sahaja yang berkaitan
BINCANGKAN PERUBAHAN YANG BERLAKU DALAM MASYARAKAT ARAB SELEPAS KEDATANGAN ISLAM.
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
TAMADUN DUNIA : TEMA 1- KONSEP,CIRI-CIRI DAN FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN TAMADUN AWAL
BINCANGKAN KONSEP TAMADUN SERTA CIRI-CIRI UMUM PEMBENTUKAN TAMADUN AWAL MANUSIA.
Pendahuluan (3 markah)
1. Tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah dan rohaniah, tamadun mula berkembang selepas penciptaan sistem tulisan. Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan faktor alam persekitaran dan perkembangan teknologi pada tahap Neolitik telah memberi sumbangan kepada pembentukan masyarakat bertamadun.
2. Tamadun awal bermula di Sumeria sekitar 3500 S.M. dan diikuti oleh tamadun Mesir Purba pada 3300 S.M, tamadun Indus dan diikuti tamadun Hwang Ho.
3. Perkembangan tamadun berlaku secara berperingkat-peringkat
4. Tamadun-tamadun awal manusia.
Isi – isi Jawapan (21 markah)
a. Konsep Tamadun (3 markah)
- Istilah tamadun berasal daripada perkataan Arab, iaitu Mudun, Madain dan Madana. Perkataan Madana membawa maksud “tinggi budi bahasa atau pembukaan Bandar”.
- Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang sinonim dengan tamadun ialah civilization berasal daripada perkataan Greek Civitas yang bermaksud “bandar”
- Bagi masyarakat Barat, tamadun ialah pencapaian lahiriah dalam hal pentadbiran, penulisan, undang-undang, kepercayaan, agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan dan adapt resam.
- Menurut Colin Renfew, terdapat tiga ciri yang menjadi pemangkin kepada lahiriah tamadun, iaitu kemunculan Bandar, tempat ibadat dan sistem tulisan
- Gordon Childe berpendapat revolusi urban meletakkan asas bagi perkembangan tamadun khususnya dari segi perkembangan budaya material, intelektual dan kesenian.
- Arnold J.Tonybee mentakrifkan tamadun sebagai suatu pemikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang-undang, kesenian, kesusasteraan, agama dan akhlak.
- Sarjana-sarjana Islam pula berpendapat tamadun merangkumi pembangunan dari segi lahiriah dan rohaniah. Menurut Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat
- Dapat dirumuskan bahawa tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian lahiriah tetapi juga diiringi dengan pencapaian dalam aspek kerohanian
b. Ciri-ciri umum pembentukan tamadun awal manusia ( 6 isi x 3 markah = 18 markah)
1. Pembentukan Petempatan kekal
- Petempatan awal terdiri daripada kampung yang didirikan berhampiran sungai. Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi Bandar yang berperanan sebagai pusat tamadun awal
- Antara petempatan awal yang berkembang menjadi pusat tamadun awal ialah tamadun Indus (lembah sungai Indus), tamadun Mesir (lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia (lembah Sungai Tigris dan Euphrates) dan tamadun Hwang Ho (Lembah Sungai Hwang Ho / Sungai Kuning)
2. Proses Pembandaran berlaku
- Pertambahan penduduk dan kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan kampung berkembang menjadi Bandar. Antara Bandar penting dalam tamadun awal ialah Mohenjo Daro dan Harappa di Lembah Sungai Indus; Anyang, Loyang dan Cheng Chow di lembah Sungai Kuning serta Thinis, Thebes dan Memphis di Mesir
- Bandar memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pusat keagamaan, pusat pendidkan dan pusat perindustrian
- Bandar-bandar berkembang pesat dan muncul negara kota seperti Babylon, Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari di Mesopotamia
3. Pembentukan Organisasi sosial/susun lapis masyarakat
- Cara kehidupan bandar mewujudkan sistem sosial bersusun lapis terutamanya golongan memerintah dengan golongan yang diperintah. Sistem sosial dalam masyarakat tamadun awal berbentuk piramid. Lapisan paling atas terdiri daripada golongan pemerintah yang diketuai oleh raja, lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri daripada golongan pendeta, kumpulan pentadbir dan golongan cendikiawan. Lapisan ketiga ialah golongan rakyat biasa yang bergiat dalam aktiviti pertanian dan perdagangan dan lapisan terakhir ialah golongan hamba yang bergantung kepada lapisan-lapisan di atasnya
- Struktur masyarakat terbukti di Lagash, Ur dan Sumer di tamadun Sumeria dan Memphis di tamadun Mesir.
4. Pembentukan Sistem pemerintahan dan pentadbiran
- Dalam tamadun Mesir Purba, sistem pemerintahan diwujudkan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan mengurus pengagihan makanan di dalam negara. Kewujudan pemerintahan melahirkan sistem perundangan yang menjamin keamanan sesebuah tamadun
- Pemerintahan diterajui oleh raja dan dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan
5. Agama dan kepercayaan
- Antara agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal ialah politeisme, animisme, kepercayaan dewa, dan pemujaan roh nenek moyang. Secara evolusi kepercayaan animisme berkembang menjadi politeisme, iaitu penyembahan lebih darpada satu tuhan. Kepercayaan politeisme terdapat dalam tamadun-tamadun awal seperti India, Mesir, Mesopotamia dan China
6. Pengkhususan kerja
- Masyarakat mula menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pertukangan dan pembuatan. Perkembangan ini melahirkan golongan pedagang, peniaga, artisan yang menghasilkan pelbagai barangan mengikut kepakaran masing-masing.
- Golongan wanita terlibat dalam bidang pertanian manakala golongan lelaki berkhidmat sebagai tentera dan tukang-tukang mahir.
- Terdapat juga anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai askar bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh
7. Bahasa dan tulisan
- Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan bahasa Sanskrit
- Sistem tulisan awal ialah hieroglif, cuneiform dan ideogram. Tulisan yang digunakan dalam tamadun awal membentuk gambar, simbol dan pepaku
- Antara peranan bahasa dan tulisan dalam tamadun awal ialah sebagai alat penyebaran ilmu pengetahuan, alat perhubungan dalam sesebuah masyarakat dan antara satu masyarakat dengan masyarakat lain untuk menyampaikan, memperkembangkan dan mencatatkan idea dan pemikiran manusia
8. Kemajuan Ekonomi
9. Kemajuan sains dan teknologi
10. Kemajuan undang-undang
Kesimpulan (1 markah)
- Secara keseluruhannya, kemajuan sesebuah tamadun itu menunjukkan bentuk kehidupan yang formal, berorganisasi dan lebih kompleks berbanding zaman sebelumnya.
- Apa sahaja yang berkaitan.
HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA.
A. PENGENALAN (3 markah)
1. Sebelum kemunculan tamadun, manusia hidup berpindah-randah atau nomad dari satu kawasan ke satu kawasan lain. Mereka memburu binatang dan memungut hasil hutan yang tumbuh meliar. Cara kehidupan tersebut berubah apabila manusia mengetahui cara-cara bercucuk tanam dan menternak binatang. Melalui pengetahuan itu, perubahan yang besar telah berlaku dalam kehidupan manusia. Sungguhpun perubahan itu berlaku secara beransur-ansur di tempat-tempat tertentu pada masa yang berbeza-beza, sebenarnya perubahan itu telah mewujudkan garis pemisah yang sangat ketara dalam sejarah kehidupan manusia berbanding zaman sebelumnya.
2. Konsep Tamadun.
3. Lokasi tamadun awal : Tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus, dan Hwang-Hwo.
4. Permulaan tamadun awal manusia.
5. Penegasan soalan – terdapat pelbagai faktor kemunculan tamadun
B. ISI-ISI PENTING ( 7 isi x 3 markah : 21 Markah )
Faktor-faktor Kemunculan Tamadun
*Jawapan calon perlu menjurus kepada faktor pembentukan tamadun.
1. Pembentukkan Petempatan Kekal
Kemunculan tamadun awal sejak 3,500 SM telah disebabkan oleh wujudnya petempatan kekal. Wujud masyarakat bercorak perkampungan membolehkan manusia berkumpul di sesuatu tempat dan hidup bersama-sama untuk menghadapi cabaran fizikal supaya persekitarannya dapat dikuasai dengan lebih berkesan. Manusia tidak lagi berpindah- randah kerana mereka dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan petempatan mereka. Petempatan kekal ini kemudiannya mewujudkan urbanisasi. Contohnya, petempatan di sepanjang Sungai Nil, Tigris dan Euphrates, Hwang-Ho, dan Indus-Ganges.
2. Eksploitasi Sumber Alam/ Kepentingan Sungai
Manusia tertarik kepada kesuburan tanah di lembah sungai untuk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Proses pertanian dan pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesir menunjukkan kemampuan manusia mengawal air sungai untuk tujuan pertanian secara besar-besaran.Hal ini terbukti apabila tamadun-tamadun awal terletak di tebing-tebing sungai besar seperti Sungai Nil, Tigris dan Euphrates, Indus, dan Hwang-Ho.
3. Kemajuan Dalam Teknologi Penciptaan Peralatan
Manusia mula mencipta pelbagai peralatan yang membawa kemajuan teknologi. Hal ini terbukti dengan penggunaan logam seperti tembaga, gangsa, dan besi. Penggunaan bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka. Haiwan seperti kuda dan kerbau dilatih untuk mengangkut barang atau membajak sawah. Selain itu, manusia telah berjaya mencipta pelbagai peralatan daripada tembikar.
4. Penciptaan Roda
Penciptaan roda telah mengubah corak pengangkutan dan mempercepat perkembangan industri terutamanya industri kerja tangan untuk memenuhi keperluan agama dan sosial. Roda telah meningkatkan daya produktiviti manusia. Penggunaan roda sebagai alat industri menyebabkan barangan yang dikeluarkan mempunyai bentuk yang seragam dan dapat dijadikan barang-barang eksport. Roda dapat menggalakkan pertumbuhan perdagangan dengan tamadun-tamadun lain seperti perdagangan antara Mesir dengan Mesopotamia dan antara Mesopotamia dengan Mohenjo-Daro.
5. Pembentukkan Organisasi Sosial
Organisasi sosial atau susun lapis dalam masyarakat telah membawa kepada kemunculan tamadun. Masyarakat memerlukan pemimpin untuk menyelaras dan memberikan arahan. Pahlawan pula diperlukan untuk menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan pendeta untuk menjalankan kegiatan agama. Pemimpin, pahlawan, dan pendeta muncul sebagai seorang yang berkuasa. Pahlawan dengan senjatanya. Paderi pula dengan pengetahuannya tentang tuhan. Majoriti masyarakat yang tidak memiliki alat dan pengetahuan menjadi pengikut. Lama-kelamaan masyarakat di sesuatu petempatan terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat.
6. Pengkhususan Kerja
Kehidupan yang bertambah kompleks menyebabkan masyarakat memerlukan kepada pengkhususan untuk menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Peningkatan produktiviti telah menjamin keperluan bekalan di sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan sesetengah penduduk di situ menjalankan kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan kesenian atau aktiviti keagamaan. Hal ini membawa kepada bermulanya pengkhususan kerja dalam masyarakat.
7. Agama dan Kepercayaan
Agama dan kepercayaan telah membawa kepada kemunculan tamadun. Agama membantu manusia akur dengan hukum-hukum Tuhan. Kehidupan lebih memberikan penekanan kepada nilai-nilai agama dan kepercayaan yang mempunyai kaitan secara langsung dengan bumi dan kesuburan tanah untuk pertanian. Contohnya, orang-orang Mesir percaya bahawa tuhan tinggal di Lembah Sungai Nil.
8. Sistem merekod
Penciptaan sistem merekod pada zaman Neolitik telah menjadi asas kepada penambahan pengetahuan dan melicinkan pengurusan ekonomi. Catatan telah digunakan untuk merekod hal agama, pentadbiran, dan perdagangan. Akhirnya, sistem merekod itu telah melahirkan sistem tulisan dalam tamadun awal manusia seperti sistem tulisan Cuneiform telah wujud dalam tamadun Mesopotamia, tulisan Hieroglif dalam tamadun Mesir, dan tulisan Ideogram dalam tamadun Hwang-Ho.
9. Perbandaran
Zaman prasejarah akhir atau zaman Neolitik menyaksikan kemunculan Petempatan - petempatan kekal yang berkembang pesat menjadi bandar. Petempatan kekal ini mengalami proses urbanisasi dan perkembangan bandar. Contohnya, bandar muncul di Mesopotamia pada pertengahan abad ke-4 SM apabila berlaku peningkatan hasil pertanian ekoran kemajuan pengairan. Antara bandar penting ialah Lagash, Babylon, Assur, Uruk, dan Hattusa.
10. Migrasi ( Penghijrahan )
Pertambahan penduduk pada zaman neolitik memerlukan peningkatan keperluan makanan. Kawasan-kawasan pertanian kian diperluas. Usaha ini telah menyebabkan berlakunya migrasi atau penghijrahan ke kawasan-kawasan baru. Angin digunakan sebagai punca tenaga yang menghasilkan corak pengangkutan baru dan peranan (wind mills ) antara kawasan. Penemuan roda turut menggalakkan pertumbuhan perdagangan jarak jauh dan digunakan sebagai alat pengangkutan darat. Akhirnya, aktiviti migrasi itu telah mempercepat kelahiran dan perkembangan tamadun awal manusia.
11. Kemajuan Ekonomi
Kemajuan teknologi dalam bidang pertanian, pengangkutan, dan perdagangan Menyebabkan perdagangan jarak jauh menjadi satu kenyataan dan berkembang pesat pada zaman neolitik. Hal ini membolehkan usaha mendapatkan bahan bahan mentah bagi keperluan agama, industri, dan pembinaan bangunan memperkayakan ciri-ciri kebudayaan akibat pertukaran fikiran dan teknik perindustrian. Akhirnya, kemajuan ekonomi berlaku dengan pesat dan menyumbang kepada kehidupan bertamadun.
12. Geografi – iklim, hujan, kesuburan tanah, bentuk muka bumi, sumber protein (makanan dan kesihatan).
13. Sistem Pertahanan
Tembok-tembok dan kubu dibina di sekitar petempatan. Kegunaan peralatan seperti tombak, pedang, panah, wagon (wheel), penggunaan tentera, menggunakan sungai, bukit sebagai sempadan. Pertahanan yang kuat menjamin keselamatan penduduk. Akhirnya, penduduk dapat melaksanakan aktiviti harian dengan lebih terjamin.
C. KESIMPULAN ( 1 markah )
Apa-apa yang berkaitan.
BINCANGKAN KEPENTINGAN REVOLUSI PERTANIAN DALAM ZAMAN NEOLITIK TERHADAP PERKEMBANGAN TAMADUN AWAL MANUSIA.
A. Pendahuluan : 3 markah
1. Maksud zaman Neolitik dan Revolusi Pertanian
Keupayaan manusia mengawal bekalan makanan dan menawarkan secara berterusan. Penggunaan alat-alat yang khusus untuk pertanian yang lebih baik pemilihan jenis tanaman dan ternakan yang sesuai. Kelahiran Revolusi Pertanian telah member kesan yang besar kepada kehidupan manusia pada Zaman Neolitik dan membawa kepada perkembangan tamadun awal.
2. Maksud tamadun
3. Zaman Neolitik menjadi asas ketamadunan kerana manusia tidak bergantung sepenuhnya kepada persekitaran tetapi juga berjaya menguasai persekitaran fizikal untuk memenuhi keperluan ekonomi mereka. Revolusi Pertanian menjadikan kehidupan mereka lebih kompleks dan memberi asas yang kukuh kepada perkembangan tamadun awal manusia.
B. Isi-isi – Kepentingan Revolusi Pertanian : ( 7x3 = 21 markah )
Jawapan yang baik ialah , apabila calon dapat mengaitkan kepentingan Revolusi Pertanian dengan pembentukan tamadun awal manusia.
1. Perkembangan Petempatan
Revolusi Pertanian telah menyebabkan manusia mula tinggal tetap di satu-satu kawasan. Mereka menjadikan kawasan rata dan subur di lembah-lembah yang kemudiannya akan menjadi petempatan kekal masyarakat dan mereka telah mula bercucuk tanam di kawasan tersebut. Akhirnya akan membawa kepada pembinaan perkampungan seperti di Catal Huyuk, Iraq lalu membentuk Tamadun Mesopotamia.
2. Penghasilan teknologi
Revolusi Pertanian telah membawa kepada penciptaan dan penggunaan peralatan dan teknologi pertanian yang lebih maju. Alat-alat yang dicipta untuk membantu manusia dalam kegiatan pertanian seperti penciptaan tenggala, roda untuk mengangkut hasil pertanian. Terusan dan tali air juga dalam mengairi kawasan pertanian.
3 Mewujudkan pengkhususan kerja
Pengkhususan kerja telah mula dibuat akibat pengeluaran pertanian bertambah. Bermula dengan golongan wanita akan bekerja dalam bidang pertanian dan lelaki terlibat dalam aktiviti perburuan . Golongan agama pula wujud apabila wujud kepercayaan bahawa hasil pertanian dan kebajikan masyarakat turut bergantung kepada kuasa semula jadi.
4. Pertambahan penduduk.
Revolusi Pertanian telah membawa kepada pertambahan penduduk. Taraf kesihatan yan baik, bekalan makanan yang mencukupi . Migrasi penduduk kerana banyak peluang pekerjaan di kawasan pertanian menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk. Institusi perkahwinan monogamy dan poligami membawa kepada institusi kekeluargaan.
5. Perkembangan perdagangan
Revolusi Pertanian telah mengubah orentasi ekonomi daripada sara diri kepada komersial. Penggunaan teknologi dan penemuan kaedah penanaman telah menyebabkan hasil pertanian meningkat sehingga berlakunya lebihan hasil. Lebihan hasil itu akan diperdagangkan, selari dengan sistem mata wang dan perkembangan sistem pengangkutan .
6. Perkembangan kepercayaan dan keagamaan.
Revolusi Pertanian juga penting dalam menyumbang kepada perkembangan aspek kepercayaan dan keagamaan dalam tamadun awal manusia. Ketentuan hasil pertanian adalah dikaitkan dengan agama dan kepercayaan. Kejadian banjir, kemarau yang memusnahkan pertanian melahirkan upacara-upacara ritual yang melibatkan pemujaan dan pengorbanan.
7. Kewujudan Organisasi Sosial.
Revolusi Pertanian membawa kepada kewujudan organisasi sosial dalam sesebuah masyarakat. Pertambahan penduduk di satu-satu kawasan memerlukan ketua untuk memimpin mereka, perlukan pahlawan-pahlawan untuk menjaga keselamatan mereka,golongan agama yang menghubungkan mereka dengan tuhan-tuhan mereka dan golongan petani yang membekalkan makanan dan sebagainya.
8. Sistem Tulisan
Revolusi Pertanian membawa kepada penciptaan sistem tulisan heroglif, cuneiform dan Ideograf yang pada awalnya digunakan untuk golongan paderi untuk urusan keagamaan, juga digunakan untuk mencatat hasil pertanian dan kegiatan perdagangan.
C. Penutup ( 1 markah)
Sesungguhnya, sangat jelas bahawa Revolusi Pertanian telah berlaku pada Zaman Neolitik telah membawa kepada perkembangan tamadun-tamadun awal manusiadi Sumeria, Mesir, China dan Indus.
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
Pakaian Umat Islam Akhir Zaman-Perlu Ditegur
Gambar-gambar di sini penting untuk dijadikan contoh yang perlu dijauhi bagi wanita-wanita Islam yang lain, bukan bertujuan untuk memalukan dan sebagainya. Ambil iktibar.
Jangan Lucahkan Baju Kurung Anda. Pilihlah Gaya dan Fesyen Yang Dihormati Dan Dimuliakan.

Pakailah Baju Labuh Ketika Diluar Rumah

Leggings Ketat Mencemar Maruah Wanita Bertudung

Wanita Islam, Tolong Berhenti Tempah Baju Kurung Jarang!

Wanita, Tolonglah Pakai Baju Yang Labuh Menutup Punggung

Pakai Baju Kurung WAJIB Pakai kain Dalam...Jangan Lupa..!

Apa Matlamat Sebenar Fesyen Muslimah ? Untuk Tayang Kecantikan Ke??

DALAM ISLAM PAKAIAN YANG NAMPAK KETAT ITU TIDAK BOLEH..!!

Koleksi Alasan Putar Belit Taknak Tutup Aurat

KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA
1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.." Jawapan: Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..
2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..." Jawapan: Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?
3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?" Jawapan: Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..
4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?" Jawapan: Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?
5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..? Jawapan: Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...
Sumber : -tranungkite-
-gigitankerengga.blogspot.com/-
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
PECUT !!!!!!!
Kepada ……………………………………………… ,
Pelajar PraU (Atas) 2011 SMK DARY,
Harapan Tinggi Menggunung Untuk Melihat Subjek Sejarah Anda A !
No Facebook, No SMS, No You Tube, No Couple, No TV, No Game, No Chatting...TETAPI PECUT ... Exam Terlalu Dekat !
Bruce Jenner adalah juara Olimpik 1976 di Montreal, Kanada. Setelah mencuba kali kedua beliau memecahkan rekod dunia dan menggemparkan seluruh Amerika selepas memenangi Pingat Emas dalam acara dekatlon di Olimpik berkenaan. Apabila ditanya apakah rahsia kejayaannya, Jenner menjawab :
“Aku serahkan diriku - setiap saat, setiap minit, setiap jam, dalam setiap hari, 365 hari setahun untuk Sukan Olimpik. Aku tidak berhenti berlatih sehingga 30 Julai 1976 . Aku korbankan empat tahun dari hidup ku semata-mata untuk memenangi pingat emas”.
Dia korbankan dirinya selama empat tahun, iaitu 1,460 hari semata-mata untuk Olimpik. Dalam masa empat tahun itu Jenner berkata, apa saja aktiviti atau perkara yang boleh menghalangnya memenangi Pingat Emas dielakkannnya. Jika makan banyak makanan boleh menambah berat badan, justeru menjejaskan kecergasannya, maka ia akan kawal makanan. Jika tidur lewat malam boleh menghalangnya bangun awal untuk berlatih, maka dia akan tidur lebih awal dan melupakan semua keseronokan berjaga malam untuk apa tujuan sekalipun. Jika dia terpaksa keseorangan berlatih dan berlatih kerana rakannya tidak sanggup turun padang awal dan lama, maka keseoranganlah ia. Pendek kata apa saja yang perlu dilakukan demi memenangi Pingat Emas akan dilakukannnya walaupun letih, sunyi keseorangan dan terpaksa mengorbankan banyak keseronokan semasa. Ia lakukan ini selama 1,460 hari (4 tahun).
Itulah resepi kejayaan beliau.
Kepada para pelajar 6 Atas SMKDARY, Bota yang akan menduduki peperiksaan STPM 2011, peperiksaan dah terlalu hampir ! Apa pula resepi kejayaan anda ! Atau tak pakai apa-apa resepi ?
Berapa hari lagi dari HARI INI peperiksaan akan menjelang tiba ?
STPM bermula 21 November 2011. Peperiksaan subjek Sejarah 1 ialah pada hari Khamis, 24 November 2011 jam 8.00 hingga 11.00 pagi dan Sejarah 2 pada hari Isnin, 5 Disember 2011 jam 2.00 hingga 5.00 petang.
Berapa hari lagi ? Lama lagi ke ? Lambat lagiiiiii ?
Takkkkkkkkk……..Dekat sangat dah !!!!!! Dekat sangat-sangat !!
Kalau Bruce Jenner sanggup berkorban selama 1,460 hari semata-mata untuk memenangi pingat emas Olimpik, apakah kamu tidak perlu berkorban ? Kamu yang cuma ada masa tak sampai sebulan, dan beberapa hari sahaja lagi, apa pengorbanan yang kamu boleh buat untuk diri kamu sendiri sebenarnya ? Apakah kamu masih mahu belajar seperti biasa saja dan melakukan pembacaan modul/nota soalan Sejarah secara biasa-biasa saja ? Ehhhhhh, jangan ! Apa perlu buat sekarang ?
Ya… Pecut, pecut dan pecut 150%. Khasnya subjek Sejarah 1 dan 2.
Bagi mereka yang benar-benar mahukan kejayaan ada beberapa perkara yang perlu dilakukan:
PERTAMA:
Gunakan sepenuh masa yang terluang dengan bijaksana. Masa semakin sedikit dan amat terbatas. Justeru FOKUS hanya kepada peperiksaan. Ini bermakna perkara-perkara yang boleh ditangguhkan dari dilakukan sekarang MESTI dan WAJAR ditangguhkan sehingga selepas peperiksaan. Ditangguhkan……..bukan tak leh buat langsung nanti. Faham dak !
FACEBOOK & BLOG boleh diupdatekan selepas peperiksaan …..
YOU TUBE boleh ditonton selepas peperiksaan …..
SMS boleh di“mainkan”selepas peperiksaan …..
TV boleh ditonton semula selepas peperiksaan …..
GAME KOMPUTER juga boleh diteruskan selepas peperiksaan …..
CHATTING masih boleh diteruskan selepas peperiksaan …..
TAK BOLEH TANGGUH ? TAK LOGIK ? APA MASALAHNYA ? TIDAK ADA SEBAB KENAPA NAK BUAT SEMUA DI ATAS TU SEKARANG SEBAB STPM KAMU LAGI PENTING. TIADA, TIADA, TIADA SEBAB !
INGAT dan RENUNGKAN : Ulangkaji, latihtubi, hafalan dan perbincangan akademik - Semua ini TIDAK GUNA LAGI selepas peperiksaan. Tak mungkin kamu nak baca lagi selepas peperiksaan. Ia bukan saja perlu dan wajib dilakukan sekarang, malah perlu diperhebatkan lagi. PECUT !!! PECUT 150% SECARA BIJAKSANA ! BACA DAN KAJI MODUL SEJARAH !
KEDUA:
Tetapkan MASA berapa lama mahu belajar. Paling kurang pun 4 jam sehari. Apa 4 jam ? Banyak ke ? Tu paling malas lah tu . Cuba buat kiraan sendiri. 5 subjek, dan setiap subjek bahagi kepada 2 kertas. Kalau Sejarah ada Kertas 1 dan 2. Dah cukup bersedia rasanya ? Ada rasa tak cukup masa ? Cemas tak rasanya ? Rasa belum bersedia pun ada ? Dah tu, masih berkira-kira nak belajar ke tak lagi ? Masih malas lagi ? Maknanya nak tempah kegagalan ? Nak ke gagal ?
KETIGA: Oleh itu, rumusannya ……..
Bahawasanya, kamu PELAJAR SMKDARY yang nak ambil peperiksaan STPM tahun 2011 ni, tiada pilihan lain. “By hook or by crook” kamu kena berusaha berhabis-habisan sekarang ! Fokus 150% kepada pelajaran. Tinggalkan segala apa yang boleh menghalang kamu untuk berjaya dalam STPM 2011 khususnya subjek SEJARAH. Sejarah mesti A. InsyaAllah. Buang jauh-jauh segala ilusi khayalan masa depan yang kosong dan tidak menjanjikan apa-apa, dan ‘perasaan’ yang sebenarnya nafsu. Terus membaca dengan TEKUN. Kamu akan dapat hasilnya yang baik nanti. InsyaAllah. Rasa macam tak ingat itu biasa !
IBU BAPA pula mesti pastikan disiplin belajar anak mereka. Jangan lagi bagi masa kepada anak untuk keluar ke sana ke sini sembarangan, bukan lagi masa nak biarkan anak mengadap internet,chatting,TV, facebook, game, sms, bercinta, layan perasaan, dan lain-lain. Mesti fokus kepada pelajaran.
CIKGU juga tentunya perlu sedarkan pelajar yang masih tidak sedar. Buat apa yang patut untuk tolak mereka agar pecut habis-habisan. Inilah saya dan Cikgu Hayati sedang dan telah lakukan khususnya untuk kecemerlangan subjek Sejarah. Kami mengharapkan kamu semua sentiasa positif dan memberi fokus 150% kepada subjek Sejarah walaupun kami menghadapi kekangan dalam perancangan kami di kelas. Tapi tak apa. InsyaAllah, bahan yang kami sediakan hampir lengkap untuk kamu semua mengulangkaji Sejarah 1 dan 2. Pastikan BACA modul.Pastikan sejarah sentiasa di hati dan menjadi keutamaan dengan tidak mengabaikan subjek lain. Ingat, dengan usaha yang berterusan, kamu semua boleh mengharapkan skor A untuk Sejarah. Jangan hirau sebarang masalah. Bagi Sejarah masalah tatabahasa boleh diabaikan, tiada rajah, tiada kelok, tiada kalkulator, tiada graf; hanya baca sahaja dan hafal kata kunci tertentu.
SELAMAT BELAJAR.MOGA BERJAYA.
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
AKIBAT ZINA NAFSU DURJANA……KES REMAJA 16 TAHUN KELAR BAYINYA !
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.
Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek...
Ya Allah, apa salah baby nih. Kejamnya sampai macam tu sekali dibuat.
Wahai anak, syurga tempatmu sayang ku..aminn ![]()
Sesiapa yang membaca artikel ini sebarkanlah untuk pengajaran kepada yang lain
Sumber : SINI
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
CINTA …….
CATATAN LAMA ………17/8/2008
CINTA.....SIARAN HALAQAH TV9
Malam ni tengok Halaqah kat TV 9, tajuk " CINTA ". Ikuti apa yang sempat saya catat.....
Kata ahli panel Ustaz Badlishah, Sayang lebih tinggi dari cinta. Agama memberi panduan bagaimana nak letak sayang dan cinta tu.
Kata ahli panel Ustaz Roslan Che Ros, cinta anugerah Allah sangat berharga. Ahli sufi letak kecintaan pada Allah melebihi segala-galanya . Itulah cinta abadi. Jika cinta pada manusia akan menjadikan murka Allah, ia merupakan dosa kepadaNya.
Adakah cinta perlu dipupuk ? Kata Ustaz Badlishah, Cinta tak datang kalau tak dicari dan kalau tak diberi. Ada rasa untuk menyayangi dan disayangi. Cinta perlu dipupuk tapi perlu tengok kesesuaian, e.g. macam suami dengan isteri.
| Tak sesuai untuk budak sekolah sebab bukan masanya. Lebih ke arah maksiat. Lebih kepada dosa. Perlu utama cita-cita daripada cinta. Cinta adalah kurniaan Allah sebab tu perlu pelihara dari maksiat kepada Allah. |
Kata Ustaz Roslan, Jika cinta sesama manusia lupa kepada arahan Allah, HARAM. Remaja gagal dalam mengurus cinta kerana gagal menghalang hasutan Iblis. Semasa bercinta iblis akan memberi perhiasan cinta yang menjadikan yang bercinta 'buta' kerana buta agama. Ada yang kerana cinta menderhakai Ibu bapa. Ada sanggup bunuh diri kerana cinta.
Ustaz Badlishah mengatakan , cinta pada makhluk ada expired tapi cinta Allah tiada penghujung. Maka carilah cinta Allah. Jika cinta kepada makhluk hendaklah kerana Allah.
Moga menjadi peringatan buat kita semua yang sentiasa lalai. Ini kerana kita umat akhir zaman semakin leka dan hancur daripada nilai-nilai kemanusiaan berteraskan syariat Allah.
Wallahuaklam.
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN STPM SEJARAH 2011 – EDISI LENGKAP !!!
UPDATE TERKINI 23/10/2011 : LENGKAP !!! Usaha saya untuk mengumpul soalan percubaan seluruh Malaysia saya kira lengkap. Terima kasih atas sokongan ramai guru dan pelajar yang namanya tak dapat saya sebutkan di sini. Moga kerja sama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Saya mengharapkan semua pelajar, khususnya pelajar saya di SMK DARY, Bota Kanan, Perak dapat menggunakan semaksimum mungkin bahan yang dibekalkan sama ada bahan secara online atau bahan off line/fotostat.
Gunakan mengikut kesesuaian masing-masing untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran. Ringkasnya, jemu bahan modul/fotostat, tukar cara guna bahan daripada blog sama ada secara online atau off line, dan begitulah sebaliknya.
Jangan jemu. Terus usaha. Tiada titik noktah untuk Sejarah selagi exam Sejarah 1 dan 2 belum selesai.
Segala bahan skema boleh diambil dan disebarkan tetapi bukan untuk tujuan komersial dan keuntungan. Kepada laman lain, letakkan source anda. TQ.
Rujukan alamat, sila lawati : http://sejarahstpm.blogspot.com/2011/09/koleksi-soalan-sejarah-peperiksaan.html
Selamat berusaha. Semoga berjaya A cemerlang dengan keberkatan daripada Allah.
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
TANDA-TANDA KECIL KIAMAT TELAH LENGKAP …..
23 Oct 2011, 6:12 am
Jom Muhasabah Diri …………Kita perlukan kejayaan yang diredhai oleh Allah.
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
TAMADUN DUNIA : TEMA 3 - KAUTILYA
Bincangkan idea-idea Kautilya dalam karyanya Arthasastra untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.
A. Pendahuluan
1. Kautilya merupakan seorang Brahmin dan menjadi Ketua Menteri kepada Chandragupta Maurya. Kautilya hidup pada dinasti awal empayar Maurya di utara India. Beliau dikenali juga sebagai Chanakya atau Vishnugupta.
2. Karya Arthasastra ( Science of Gain of power ) pada –ke 3 yang dihasilkan pada abad ke-3 masihi merupakan buku tentang hal ehwal ketatanegaraan, pentadbiran diplomasi, peperangan dan ekonomi.
3. Melalui karya ini, Kautilya telah mengemukakan pelbagai strategi dan kaedah dalam peperangan untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.
B. Isi- Isi Jawapan ( 7isi X 3 Markah = 21 Markah )
Idea- idea Kautilya dalam karyanya Arthasastra
1. Menggariskan Peranan Pemerintah Hubungan Diplomatik
Beliau menggariskan enam pekara untuk berbaik-baik dengan negara luar.
(i) Mementingkan keamanan iaitu ‘ saman ‘iaitu perdamaian dengan musuh yang lemah.
(ii) Persediaan untuk berperang
(iii) Membiarkan musuh melancarkan serangan pertama.
(iv) Bersekutu dengan musuh.
(v) Mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan musuh dan melancarkan serangan ke atas musuh lain.
(vi) Melancarkan serangan pertama.
2. Menggariskan Peranan Pemerintah untuk Mencapai Kemenangan
(i) Memujuk musuh dengan rasuah atau ‘dana’dan perbincangan.
(ii) Meencetuskan persengketaan
(iii) Menanamkan benih-benih permusuhan
(iv) Melancarkan ppeperangan terakhir jika semua strategi dirancang gagal.
3. Mempengaruhi Tindakan Raja Hindu dan Pahlawan Marathas
Beliau menjadikan peperangan ada kaitan dengan unsure spiritual dan upacara keagamaan Hindu iaitu mengelakkan ‘kelahiran semula’ jika beroleh kemenangan melalui peperangan seperti yang disarankan oleh agama Hindu.
4. Peranan/ Dasar Pemerintah Terhadap Musuh
Karyanya menyarankan seorang pemerintah atau putera yang ingin berjaya mesti mengetahui kekuatan tenteranya dan kelemahan tentera musuh sebelum melancarkan kempen ketenteraan.Pemerintan dibantu oleh pahlawan-pahlawan dan pasukan tentera terlatih.
5. Peranan Pemerintah Menjamin Kesejahteraan Rakyat
Pemerintah perlu mengelakkan peperangan untuk memastikan keselamatan rakyat. Pemerintah mesti mengambil kesempatan melakukan kemahiran tipu muslihat serta berkomplot menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai merasuah tukang masak dan seluruh ahli istana daripada menggunakan kegagahan dan kehandalan.
6. Pemerintahm Menjalankan Dasar Kekejaman dan Bijak
Untuk menghadapi musuh, ‘bheda’ digunakan iaitu cara melaga-lagakan musuh dengan menimbulkan isu-isu sensitif. Raja peunjukan kekejaman untuk menakutkan tentera musuh serta menggunakan kekerasan konsep ‘ danda’ iaitu kayu atau besi yang kuat ke atas orang jahat dan musuh.
7. Kautilya memperkenalkan teori ‘mandala’. Menurutnya pemerintah mesti bijak mencari kawan dan berbaik-baik dengan musuh negara yang akan diperangi. Apabila peperangan berlaku, sudah tentu musuh tersebut akan membantu kita.
8. Arthasastra mencadangkan supaya pemerintah mewujudkan badan pengintipan untuk mencari rahsia dan menyampaikan maklumat kepada pemerintah.
9. Melalui karya ini, Kautilya telah menyatakan bahawa dunia ini penuh dengan kejahatan. Jadi, orang yang kuat tidak pernah berasa belas kasihan kepada yang lemah. Oleh itu raja yang bersikap jujur dan bersimpati kepada musuh dianggap bodoh kerana raja berkenaan akan mudah dikalahkan oleh musuh-musuhnya.
10. Kautilya juga menyarankan supaya seseorang raja tidak boleh mempercayai sesiapa termasuk anak dan isteri kerana mereka boleh menjadi ejen kepada pihak musuh yang boleh menjatuhkan kuasa raja. Makanan raja hendaklah diuji terlebih dahulu kerana bimbang makanan itu mengandungi racun.
C. Kesimpulan ( 1 Markah )
Apa sahaja yang berkaitan
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
TAMADUN ISLAM:TEMA 1 –MASYARAKAT ARAB SEBELUM DAN SELEPAS ISLAM
Bincangkan perubahan yang berlaku dalam masyarakat Arab selepas kedatangan Islam.
A. Pengenalan
1. Latar belakang masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam
· Masyarakat Arab terdiri daripada dua kelompok masyarakat iaitu masyarakat Hadari dan masyarakat Badwi.
· Terdiri daripada pelbagai suku seperti Bani Hasyim, Bani ‘Adi, Bani Ta’im, Bani Umayyah.
2. Masyarakat Arab selepas Islam
· Terdiri daripada golongan Muhajirin iaitu masyarakat Islam yang berhijrah dari Makkah ke Madinah dan golongan Ansar iaitu penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang telah dipersaudara.
3. Latar belakang kemunculan Islam
· Islam muncul setelah turunnya wahyu pertama pada tahun 610 Masihi.
4. Asas kehidupan masyarakat Arab Jahiliah bersandarkan kepada semangat assabiyah yang melampau, manakala kehidupan masyarakat Islam bersandarkan kepada aqidah, syariat dan akhlak.
B. Isi penting -
Perubahan – perubahan dalam masyarakat Arab selepas Islam
ASPEK | SEBELUM ISLAM / ZAMAN JAHILIAH | ZAMAN ISLAM |
| 1.Agama dan Kepercayaan | · Moral dan akhlak orang Arab sangat buruk. · Tiada batas kesopanan dan kemanusiaan. · Agama dan kepercayaan mereka dipenuhi dengan tahyul. | · Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa · Rukun Islam : 5 perkara · Rukun Iman : 6 perkara |
| 2. Akhlak | · Berzina, minum arak, bunuh anak perempuan · Merupakan perkara biasa kepada masyarakat Jahiliah. | · Islam melarang umatnya melakukan perkara-perkara terkutuk itu. · Islam menganjurkan nilai-nilai seperti hormat menghormati, bekerjasama, bertolak ansur dan lain-lain. |
| 3. Politik | · Tidak terdapat sebuah kerajaan yang bersatu, teratur dan bersistematik. · Wilayah-wilayah Arab sering dijajah dan diganggu gugat oleh kuasa asing seperti Rom dan Parsi di wilayah di sebelah utara. · Wilayah di sebelah selatan dijajah oleh kerajaan Habsyah, Rom dan Parsi. · Mengamalkan sistem berkabilah dan taksub kepada assabiyah. · Diketuai oleh syeikh kabilah. | · Islam menekankan konsep ummah, masyarakat tanpa kelas. · Ada sistem pemerintahan yang teratur. · Pemerintahan berlandaskan Al-Quran dan Hadith. · Kerajaan Islam Madinah wujud berasaskan Piagam Madinah. |
| 4. Ekonomi | · Puak Quraisy Makkah cuba mengeksploitasi perdagangan satu hala dengan mengenakan tekanan terhadap kaum Badwi. · Menjalankan aktiviti perdagangan dengan menjual berhala, amalan riba, menipu dan sebagai. | · Menghapuskan riba, menggalakkan perdagangan tanpa penipuan dan penindasan. · Memperkenal dasar ekonomi Islam. |
| 5.Ilmu Pengetahuan | · Mewarisi pengetahuan tentang ilmu bintang, ilmu tilik dan ilmu keturunan · Walaupun begitu majoriti mereka buta huruf. · Hanya 17 orang sahaja yang celik huruf. | · Terdapat ilmu pengetahuan berkaitan dengan Islam. · Terdapat pembahagian ilmu seperti Al-Quran dan ilmu tafsir |
| 6. Kesusasteraan | · Arab Jahiliyah pandai bersyair dan berkhutbah. · Tetapi hasil-hasil karya mereka berbentuk sastera kreatif yang berbeza dengan zaman Islam. · Oleh itu, Allah utuskan Nabi Muhammad s.a.w dan kitab al-Quran untuk dijadikan pedoman kepada manusia supaya dapat menandingi sastera Arab Jahiliah. · Kesusasteraan Jahiliah membawa kepada pemujaan berlebihan dan membawa kepada pergaduhan. | · Al-Quran sebagai pedoman kepada kesusasteraan Islam. |
| 7. Kelas masyarakat | · Mengamalkan sistem perhambaan, semangat assabiyah. · Mementingkan kedudukan dalam masyarakat. · Wanita dan hamba dianggap paling hina. | · Mengamalkan perpaduan ummah. · Menganjurkan persamaan taraf · Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah kecuali ketakwaan mereka. |
| 8. Maruah wanita | · Kedudukan wanita sangat rendah dalam masyarakat. · Fungsi wanita hanyalah sebagai pemuas hawa nafsu lelaki dan kegemaran mereka hanyalah menghiasi diri agar dikehendaki oleh lelaki. · Dianggap sebagai barang dagangan. · Wanita yang kematian suami menjadi rebutan anak-anak lelakinya sendiri. · Oleh itu, Bani Tamim menganggap amalan membunuh bayi perempuan sebagai amalan yang mulia supaya bayi tersebut tidak menjadi sampah masyarakat dan memalukan nama baik keluarga apabila mereka dewasa. · Kaum wanita sering dibawa bersama-sama untuk berperang dan memberi perangsang kepada tentera lelaki. | · Memuliakan kedudukan wanita. · Maruah dan kebajikan wanita perlu dipelihara. |
| 9. Peperangan | · Bersifat balas dendam · Berperang kerana perkara-perkara yang kecil | · Berbentuk jihad · Berperang kerana mempertahankan agama, maruah diri, bangsa dan negara · Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj. |
| 10. Hubungan Masyarakat
| · Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing. | · Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku berdasarkan ikatan persaudaraan Islam. |
C. KESIMPULAN
1. Islam telah menukar cara hidup masyarkat Jahiliah daripada menyembah berhala kepada menyembah Allah, daripada berakhlak buruk kepada akhlak yang mulia dan berperikemanusiaan.
2. Islam telah membawa masyarakat Jahiliah kepada sebuah masyarakat yang bertamadun.
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
COUPLE ADALAH PERMULAAN KEPADA PENZINAAN
19 Oct 2011, 5:34 pm
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
KOLEKSI SOALAN SEJARAH - PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM NEGERI-NEGERI MALAYSIA 2011 ……
16 Oct 2011, 9:59 am
Hampir lengkap ……
Update terkini 16/10/2011
Sila lawati : http://sejarahstpm.blogspot.com/2011/09/koleksi-soalan-sejarah-peperiksaan.html
Semoga bermanfaat dan diberkati Allah.
Selamat belajar.
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
SOALAN RAMALAN SEJARAH STPM 2011
Khususnya kepada semua pelajar saya di SMK DARY, apa la khabarnya ?
- Anda semua masih menunggu dan mengharapkan soalan ramalan ?
- Anda masih tak baca atau tak serius buat persediaan ?
- Masih mahu tunggu baca pada saat-saat akhir malam peperiksaan?
- Masih beranggapan kalau baca sekarang pun tak guna ……lupa, bukan ingat pun ?
- Masih nak spot tajuk tu, tajuk ni sahaja ?
- Jika ya, anda menempah maut di medan peperiksaan ?
- Sebab, jika soalan tak keluar, anda yang keluar !!!!TKO ……
- Yang sudah dan sedang berusaha tu, teruskan dengan tekun dan sabar. Bukan senang nak konsisten macam tu !
- Yang belum, cuba pikir-pikirkan masa depan anda.
- Mulalah usaha dari sekarang dengan penuh iltizam dan semangat yang kental.
- Mula dan teruskan pembacaan, perbincangan, kajian, dengan penuh taakulan.
- Jalankan tanggungjawab anda sebagai seorang anak, pelajar serta menjadi harapan agama dan bangsa.
- Fokus kepada pembacaan yang telah ditetapkan supaya tak pening kepala.
- Fokus tema yang telah dipilih untuk Sejarah 1 dan 2 oleh guru anda. Jangan ubah. Nanti anda yang pening kepala.
- Guna bahan pembacaan terkini yang telah diedarkan untuk Sejarah 1 dan 2. Sepatutnya bahan pembacaan yang terdahulu dah selesai baca.
- TIADA jaminan dan jangan harap soalan keluar sebiji macam anda baca.
- Tolong bersedia untuk menerima soalan baru tetapi sebenarnya input untuk jawapan anda telah belajar dan baca.
- Fikir dengan kritis dan kreatif. Sebab selalu saja, bila pusing sikit jer soalan, pelajar pun pening kepala. Tak leh nak jawab. Pernahkan alami macam ni masa exan PPT dan TRIAL ?
- Habis tu, soalan ramalan tak leh guna ker ?
- Jawabnya, BOLEH ! Jika ia salah satu daripada cara persediaan anda. Tapi jika itu satu-satunya cara persediaan anda untuk periksa ni, anda gantung leher anda untuk kegagalan dan kematian . Tinggal sejarahlah sejarah anda !
- Buat masa ni baca soalan-jawapan sahaja, skema yang berlambak tu. Tak faham baru rujuk buku atau terus rujuk pensyarah sejarah anda !
- Apapun, tenangkan fikiran, jangan tension-tension. Janganlah rosakkan mood belajar anda dengan perkara yang menyalahi syariat agama dan norma kehidupan manusia normal berbudaya timur. Faham ker ??
- Terus berusaha. Sekali-sekala jengok blog ni untuk dapatkan maklumat dan ubah selera.
- Jemu baca modul/bahan, baca blog. Jemu blog, buka balik modul/bahan. OK !! Pelbagai variasi…….
- Saya doakan akan semua sukses. Kita usaha sama-sama. Saya telah jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang guru ( @ pensyarah ) anda ? Nah, sekarang anda buktikan bahagian anda.
- Saya tunggu kejutan daripada anda. Buktikan ANDA BOLEH !
- Ingat pepatah Arab, “Man jadda Wajadda”.
- SELAMAT BELAJAR.
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
USAHA TANGGA KEJAYAAN ……...
Kelas kepung yang terlepas. Saya tak nak komen kat sini. Saya mengharapkan semua pelajar saya memberi tumpuan yang sepatutnya terhadap subjek Sejarah 1 dan 2 di rumah. Sebab perancangan saya dan Pn. Hayati dah lari terlepas. Kami tak dapat nak plan ikut cara yang kami rancang. Tapi tak apa la. Saya bukan jenis yang banyak mulut. Saya bercakap pada tempat yang perlu dan betul sahaja.
Saya yakin awak semua tahu dan faham target kita.
Faham yang harapan untuk dapat A antara keutamaannya adalah subjek Sejarah tanpa mengabaikan subjek lain.
Faham harapan tinggi saya dan Pn. Hayati kepada awak semua. Awak semua tahu komitmen kami !
Ingat ini ………………
- Pertama sekali, terus semat disanubari target SEJARAH MESTI A.
- Teruskan baca modul soalan jawapan yang saya dan Pn. Hayati bekalkan.
- Fokus semua soalan tema yang kami tetapkan.
- Sebarang masalah rujuk saya dan Pn. Hayati.
- Jangan putus asa ……terus tekun !
- Jangan kacau jiwa, nanti jiwa kacau !
- Elakkan maksiat, sebab ilmu tu cahaya.Maksiat itu kegelapan.
- Cahaya takkan boleh bersinar jika ditutupi kegelapan .
- Bila baca rasa macam tak ingat itu biasa, teruskan membaca !
- Sebelum dan selepas studi/diskus baca doa dulu.Berkat !
- Jika perlu hafal………hafal !
- Jangan tension sangat. Sikit-sikit OK !
- Sentiasa bawa modul kerana mudah dibawa dan dibaca di mana pun.
- Ikut pengalaman, cara yang dicadangkan ini berkesan.
- Ubahlah ikut kesesuaian diri sendiri.
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
KOLEKSI SOALAN SEJARAH - PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM NEGERI-NEGERI MALAYSIA 2011 (update 2/10/2011, 16/10/2011, dan 23/10/2011)
Salam sejahtera semua pengguna blog ini. Hampir sebulan lebih saya tidak mengupdate blog ni kerana kesibukan yang pelbagai. Saya baru selesai menyemak kertas jawapan Percubaan Sejarah 1 pelajar saya. Jadi dah kurang sibuk sikit.
Saya bercadang untuk meneruskan usaha mengumpulkan semua soalan percubaan Negeri-negeri di Malaysia. Saya mengharapkan rakan-rakan guru-guru yang sedia berkongsi dapat mengemelkan soalan dan skema percubaan Sejarah 1 dan 2 2011 kepada saya untuk diterbitkan. Semoga bermanfaat untuk semua.
( UPDATE 2/10/2011 : Terima kasih kepada ramai rakan guru yang turut menjayakan usaha ini. Moga bermanfaat untuk kita bersama. Kepada rakan guru daripada negeri yang saya masih tiada bahan, harap dapat mengusahakan sesuatu. )
( UPDATE 16/10/2011 : Tahniah atas kerja sama semua pihak untuk kepentingan bersama. Sesungguhnya saya hanya tukang kumpul, tukang usaha dan menyediakan wadah. Tanpa kerjasama semua perkara ini tidak menjadi kenyataan. Marilah kita saling doa mendoakan kejayaan untuk kita semua.
“ Ya Allah, berikanlah kejayaan yang sangat cemerlang dan diberkati untuk semua pelajarku khususnya dalam subjek Sejarah, dan juga kejayaan yang sangat cemerlang dan diberkati untuk anak-anakku, anak-anak sahabatku di Malaysia tercinta ini. Amin ……”
( UPDATE 23/10/2011 : LENGKAP !!! Usaha saya untuk mengumpul soalan percubaan seluruh Malaysia saya kira lengkap. Saya mengharapkan semua pelajar khususnya pelajar saya di SMK DARY, Bota Kanan, Perak dapat menggunakan semaksimum mungkin bahan yang dibekalkan sama ada bahan online atau bahan off line/fotostat.
Gunakan mengikut kesesuaian masing-masing untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran. Ringkasnya, jemu modul fotostat, tukar guna bahan blog sama ada secara online atau off line, dan begitulah sebaliknya.
Jangan jemu. Terus usaha. Tiada titik noktah untuk Sejarah selagi exam Sejarah 1 dan 2 belum selesai.
Selamat berusaha. Semoga berjaya A cemerlang dengan keberkatan daripada Allah.
Hantarkan bahan kepada emel : rashman2u@yahoo.com
1. Percubaan Sejarah 1 Perak 2011 (Sila Muat turun !!!)
2. Percubaan Sejarah 2 Perak 2011 (Sila Muat turun !!!)
3. Percubaan Sejarah 1 Negeri Sembilan 2011 (Sila Muat turun !!!)
4. Percubaan Sejarah 2 Negeri Sembilan 2011 (Sila Muat turun !!!)
5. Percubaan Sejarah 1 Pahang 2011 (Sila Muat turun !!!)
6. Percubaan Sejarah 2 Pahang 2011 (Sila Muat turun !!!)
7. Percubaan Sejarah 1 Kedah 2011 (Sila Muat turun !!!)
8. Percubaan Sejarah 2 Kedah 2011 (Sila Muat turun !!!)
9. Percubaan Sejarah 1 Johor 2011 (Sila Muat turun !!!)
10. Percubaan Sejarah 2 Johor 2011 (Sila Muat turun !!!)
11. Percubaan Sejarah 1 Sabah 2011 (Sila Muat turun !!!)
12. Percubaan Sejarah 2 Sabah 2011 (Sila Muat turun !!!)
13. Percubaan Sejarah 1 Perlis 2011 (Sila Muat turun !!!)
14. Percubaan Sejarah 2 Perlis 2011 (Sila Muat turun !!!)
15. Percubaan Sejarah 1 Terengganu 2011 (Sila Muat turun !!!)
16. Percubaan Sejarah 2 Terengganu 2011 (Sila Muat turun !!!) TERBARU ………
17. Percubaan Sejarah 1 Kelantan 2011 (Sila Muat turun !!!)
18. Percubaan Sejarah 2 Kelantan 2011 (Sila Muat turun !!!)
19. Percubaan Sejarah 1 Selangor 2011 (Sila Muat turun !!!)
20. Percubaan Sejarah 2 Selangor 2011 (Sila Muat turun !!!)
21. Percubaan Sejarah 1 Pulau Pinang SMK Penanti 2011 (Sila Muat turun !!!)–
Skema tiada
22. Percubaan Sejarah 1 Sarawak 2011 (Sila Muat turun !!!) TERBARU …
23. Percubaan Sejarah 2 Sarawak 2011 (Sila Muat turun !!!) TERBARU…
24. Percubaan Sejarah 1 Melaka 2011 (Sila Muat turun !!!)
25. Percubaan Sejarah 2 Melaka 2011 (Sila Muat turun !!!)
26. Percubaan Sejarah 1 Wilayah Persekutuan KL 2011 (Sila Muat turun !!!)
27. Percubaan Sejarah 2 Wilayah Persekutuan KL 2011 (Sila Muat turun !!!)
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
BERANI GAGAL !!!!
20 Aug 2011, 9:24 am
TAMADUN DUNIA : TEMA 1 – CIRI-CIRI MASYARAKAT BERTAMADUN
HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT BERTAMADUN BERDASARKAN CONTOH-CONTOH DARIPADA TAMADUN-TAMADUN AWAL.
A. Pengenalan
- Tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah dan rohaniyah.
- Tamadun mula berkembang selepas penciptaan sistem tulisan.
- Tamadun awal bermula di Sumeria sekitar 3500 S.M dan diikuti oleh tamadun Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang Ho.
- Perkembangan tamadun berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut tahap kemajuan yang dicapai oleh sesuatu masyarakat.
- Masyarakat bertamadun mempunyai ciri-ciri seperti perbandaran, pengkhususan pekerjaan, organisasi sosial, bahasa dan tulisan, agama dan kepercayaan, petempatan kekal dan sistem pemerintahan.
B. Isi: (7 X 3M)
1. Perbandaran
- Pertambahan penduduk dan kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan kampung-kampung berkembang menjadi bandar.
- Antara bandar yang penting dalam tamadun awal ialah Mohenjo-Daro dan Harappa di Lembah Indus; Anyang, Loyang dan Cheng Chow di Lembah Sungai Kuning serta Thinis, thebes dan Memphis Mesir.
- Bandar-bandar ini memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pusat keagamaan, pusat pendidikan dan pusat perindustrian.
- Bandar-bandar berkembang pesat dan muncul negara kota seperti Babylon, Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari di Mesopotamia.
2. Pengkhususan pekerjaan
- Peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian menyebabkan berlaku pengkhususan pekerjaan.
- Masyarakat mula menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pertukangan dan pembuatan
- Perkembangan ini melahirkan golongan pedagang, peniaga, artisan yang menghasilkan pelbagai barangan mengikut kepakaran masing-masing.
- Terdapat juga anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai askar yang mempertahankan negara daripada serangan musuh.
- Pengkhususan pekerjaan melahirkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
- Kemunculan tamadun-tamadun awal di Mesir dan Mesopotamia telah memperlihatkan kemajuan dalam bidang pertanian sehingga mewujudkan pengkhususan pekerjaan dalam masyarakat.
- Penciptaan roda juga telah menggalakkan pertumbuhan perdagangan antara tamadun seperti Tamadun Mesir, Mesopotamia dan Mohenjo Daro yang sekaligus mewujudkan golongan artisan dan pedagang.
3. Organisasi sosial.
- Pertambahan penduduk dan perkembangan kegiatan ekonomi telah melahirkan masyarakat yang kompleks.
- Sistem sosial dalam masyarakat tamadun awal berbentuk piramid.
- Lapisan atas terdiri daripada golongan bangsawan yang diketuai oleh raja.
- Lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri golongan pendeta, kumpulan pentadbir dan golongan cendekiawan.
- Lapisan ketiga ialah golongan rakyat biasa yang bergiat dalam aktiviti pertanian dan perdagangan.
- Lapisan terakhir ialah golongan hamba yang bergantung kepada lapisan-lapisan di atasnya.
- Di Mesir, Firaun (raja) berada di kedudukan paling atas susunan lapis masyarakat dan di Mesopotamia raja atau pendeta mempunyai kedudukan yang tertinggi. Di Dinasti Shang, raja mempunyai kedudukan tertinggi dan diikuti oleh golongan bangsawan,petani, artisan, peniaga dan askar.
4. Bahasa dan tulisan
- Kewujudan bahasa dan tulisan juga merupakan ciri masyarakat bertamadun.
- Tulisan memainkan peranan penting dalam urusan pentadbiran, menyimpan rekod aktiviti keagamaan dan kegiatan perdagangan.
- Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan bahasa Sanskrit.
- Sistem tulisan awal ialah hieroglif dan ideogram.
- Tulisan yang digunakan dalam tamadun-tamadun awal berbentuk gambar, simbol dan pepaku.
- Antara peranan bahasa dan tulisan dalam tamadun awal ialah sebagai alat penyebaran ilmu dan pengetahuan, komunikasi dan menyampaikan serta mengembangkan idea pemikiran manusia.
- Pendeta Mesir telah mencipta bentuk tulisan bergambar yang dinamakan hieroglif, sementara tulisan simbol China dipanggil ideogram.
5. Agama dan kepercayaan.
- Kemunculan agama dan kepercayaan mempunyai pertalian rapat dengan adat istiadat dan cara hidup yang diamalkan oleh masyarakat tamadun awal.
- Antara agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal ialah politeisme, animisme dan pemujaan roh nenek moyang.
- Kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling telah melahirkan kepercayaan animisme.
- Secara evolusi, kepercayaan animisme berkembang menjadi politeisme, iaitu penyembahan lebih dari satu tuhan.
- Kepercayaan politeisme terdapat dalam tamadun-tamadun awal seperti India, Mesir, Mesopotamia dan China.
- Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan pengiktirafan golongan pemerintahan, organisasi sosial, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan.
6. Petempatan kekal
- Kehidupan menetap melahirkan corak hidup yang sistematik.
- Petempatan awal terdiri daripada kampung-kampung yang didirikan berhampiran sungai.
- Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi bandar-bandar yang berperanan sebagai pusat-pusat tamadun awal.
- Antara petempatan awal yang berkembang menjadi pusat tamadun awal ialah Tamadun Indus (lembah Sg. Indus), Tamadun Mesir (lembah Sg. Nil), Tamadun Mesopotamia(Lembah Sg. Tigris dan Euphrates) dan Tamadun Hwang Ho (Lembah Sg.Hwang Ho/Sg.Kuning)
7. Sistem pemerintahan
- Sistem pemerintahan diwujudkan untuk menguruskan masyarakat yang lebih besar.
- Kewujudan pemerintahan melahirkan sistem perundangan yang menjamin keamanan sesebuah tamadun.
- Pemerintahan diterajui oleh raja dan dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.
- Dalam tamadun Mesir Purba, sistem pemerintahan diwujudkan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan mengurus pengagihan makanan dalam negara.
- Sistem pemerintahan diketuai oleh Firaun dan dibantu oleh pembesar-pembesar negara.
C. Kesimpulan
- Masyarakat bertamadun mempunyai ciri-ciri perbandaran, pengkhususan kerja, organisasi sosial, sistem tulisan, agama dan kepercayaan, petempatan kekal, kemajuan sains dan teknologi serta sistem pemerintahan.
- Kewujudan ciri-ciri ini menunjukkan kemajuan tinggi yang telah dicapai oleh masyarakat dalam segala aspek kehidupan.
(Apa-apa yang berkaitan)
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
TAMADUN ISLAM : TEMA 1- KONSEP MANUSIA
Jelaskan konsep manusia mengikut pandangan Islam dan Arab Jahiliah.
Skema Pemarkahan
A Pengenalan ( 3 markah )
1. Pengertian Jahiliah
2. Pengertian manusia - dalam bahasa Latin, manusia dipanggil sebagai homospiens. Manusia adalah sejenis haiwan mamalia yang boleh berfikir dan berkata-kata.
3. Pengertian Islam
B Isi ( 20 markah )
Konsep manusia menurut Islam. ( 10 markah – 5 x 2markah)
1. Pengertian manusia dari segi bahasa mengikut perspektif islam.
i. Pengertian manusia dari segi bahasa.
ii. Pengertian dari segi istilah.
2. Mengikut Islam, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi khalifah di atas muka bumi.
3. Di samping itu, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. agar menjadi seorang hamba yang soleh.
4. Agama Islam juga menyarankan kepada manusia agar membangunkan unsur-unsur rohani dan jasmani demi mencapai keseimbangan dalam diri manusia. Keseimbangan di antara fizikal dan spiritual ini penting demi mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.
5. Kedudukan manusia di sisi Allah s.w.t. juga dikira sama tarafnya tanpa mengira warna kulit, keturunan, pangkat, dan lain-lain, Islam melarang perhambaan di kalangan manusia.
6. Manusia dicipta sebaik-baik kejadian. Bagi membolehkan manusia yang begitu sempurna penciptaannya agar hidup aman bahagia serta selamat sejahtera, Allah s.w.t. telah menjadikan segala sesuatu yang dapat menyempurnakan keperluan manusia.
7. Manusia yang paling mulia adalah manusia yang bertaqwa
8. Manusia sebagai pemegang amanah.
9. Semua manusia dari keturunan Adam dan Adam dijadikan dari tanah.
10. Manusia terdiri daripada 5 komponen iaitu : jasad, roh, akal, nafsu dan hati/jiwa.
11. Akal membezakan manusia dengan makhluk – makhluk lain.
12. Manusia dijadikan dalam keadaan fitrah.
Konsep manusia menurut Jahiliah. ( 5 x 2 markah = 10 markah )
1. Manusia tidak bersifat abadi dan akan terhapus setelah berlakunya kematian dan tidak mempercayai adanya Hari Akhirat dan Hari Pembalasan. Dengan sebab itulah kehidupan manusia pada zaman berkenaan penuh dengan kemaksiatan.
2. Di samping itu, manusia menurut pandangan Jahiliah lagi menjadikan hawa nafsu sebagai panduan bagi kehidupan mereka di dunia ini. Sehubungan dengan ini, berjudi, minum arak, dan makan riba dianggap sebagai satu jalan mencari rezeki yang baik dan mudah, oleh itu, mereka melakukannya.
3. Status mereka dalam masyarakat bergantung kepada keturunan dan
kabilah.Sekiranya kabilah itu kaya, kuat, dan berpengaruh maka seseorang anggota kabilah itu dipandang mulia.
4. Menghargai dan mendewakan kuasa alam sekeliling.
5. Mempercayai adanya tuhan tetapi tidak beriman kepada satu tuhan.
6. Mereka tidak tahu asal-usul kejadian manusia.
7. Mereka melihat manusia dari sudut jasadiah semata – mata.
C Kesimpulan ( 2 markah )
Apa sahaja yang berkaitan
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
TAMADUN ISLAM : TEMA 6 – KEMUNCULAN MAZHAB
Huraikan sejarah kemunculan mazhab-mazhab dalam Islam serta nyatakan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan mazhab-mazhab tersebut.
Pendahuluan
a. Rasulullah s.a.w. telah berjaya menyatukan umat Islam menerusi semangat persaudaraan Islam.
b. Kemunculan pelbagai mazhab pula berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Ali B. Abu Talib.
c. Walaupun berbeza pemikiran, tetapi dari segi akidah pelbagai mazhab masih memperlihatkan persamaan.
d. Kesan positif kelahiran mazhab ialah timbulnya pelbagai idea dan intepretasi baru tentang isu-isu agama yang membolehkan umat Islam beramal dengan mudah dengan wujudnya ruang-ruang yang lebih luas menerusi ijtihad para ulamak.
e. Kesan negatifnya ialah apabila penganut mazhab terlalu taksub sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam.
Isi-isi Jawapan
A) Sejarah Kemunculan mazhab-mazhab dalam Islam (3 markah x 5 isi = 15 markah)
1. Aliran Khawarij
a. Mereka juga digelar sebagai al-Hururiyah, al-Muhakkimah dan al-Shirat. Aliran ini lahir pada 37H iaitu berikutan peristiwa Majlis Tahkim yang dibentuk untuk menyelesaikan Perang Siffin.
b. Pendokong aliran ini asalnya ialah pengikut Khalifah Ali yang kemudian bertindak beramai-ramai keluar dari menyokong Khalifah Ali berikutan tindakan Khalifah Ali menerima cadangan damai yang dianjurkan oleh pihak Muawiyah bin Abu Sufian sebagai langkah untuk menamatkan Perang Siffin. Mereka juga telah mengkafirkan Khalifah Ali. Pada 38H puak ini telah bertempur dengan tentera Khalifah Ali di Nahrawan.
c. Keanggotaannya terdiri daripada pelbagai suku kaum Arab Badwi.
d. Pegangan aliran ini dari segi politik ialah menyokong kepimpinan Khalifah Abu Bakar, Umar dan pada peringkat awal pemerintahan Khalifah Usman. Namun mereka tidak bersetuju dengan penerusan pemerintahan dari kalangan Quraisy sebaliknya menganjurkan supaya perlantikan Khalifah dilakukan secara bebas dan tidak terhad kepada kaum Quraisy.
e. Dari segi akidah mereka berpendapat iman bukan hanya merupakan pengakuan lisan dan hati tetapi mesti disertai dengan amal ibadat.
2. Aliran Syiah
a. Perkataan Syiah berasal dari bahasa Arab bermaksud ‘puak’ atau ‘sekumpulan manusia dari satu puak.
b. Aliran ini lahir berikutan kemunculan puak khawarij pada 37H. Aliran ini mendokong cita-cita ke arah pendewaan ke atas keluarga Ali Bin Abu Talib yang berketurunan Rasulullah s.a.w. atau Ahl al-Bait.
c. Pada peringkat awalnya aliran ini berbau politik dan mereka bercita-cita untuk mengekalkan status-quo mereka di Iraq. Justeru itu pada peringkat awalnya tidak ada seorang pun pemimpin mereka dari kalangan keluarga Saidina Ali. Disebabkan pusat gerakannya di Parsi maka gerakan ini dipengaruhi kebudayaan dan kepercayaan Parsi.
d. Apabila Mukhtar bin Ubaid al-Thaqafi yang menggunakan nama Muhamad al-Hanafiah dan mendakwa sebagai anak Syaidina Ali dari isterinya yang berasal dari suku Hanafiah dilantik sebagai pemimpin gerakan Syiah pada 64H, perubahan perjuangan Syiah mula berlaku iaitu apabila Mukhtar telah memasukkan pelbagai teori bidaah, fahaman dan penyelewengan dalam ajaran Syiah.
e. Puak Syiah kemudian berpecah kepada 3 aliran utama iaitu Ismailyiah, Imamiyah dan Zaidiya.
3. Aliran Murjiah
a. Murji’ah berasal dari kata irja’ yang bererti tangguh. Ia merupakan aliran yang lebih sederhana dan liberal. Kemunculannya adalah sebagai reaksi daripada kemunculan Khawarij dan Syiah. Mereka mengambil sikap tidak memihak kepada mana-mana sikap ekstrim Khawarij dan Syiah. Oleh itu mereka mengambil sikap berkecuali dalam apa juga pertelingkahan atau perang saudara Islam.
b. Aliran ini dikatakan muncul berikutan peristiwa pembunuhan Khalifah Usman Affan dan perlantikan Ali Bin Abu Talib.
c. Pengasas aliran ini ialah Yunus bin Awn al-Numairi.
d. Pegangan aliran ini ialah menyerahkan segala perbuatan di dunia kepada pengadilan Allah di hari akhirat. Mereka tidak berani menghukum sesuatu tetapi menangguhkannya di akhiat. Bagi mereka iman ialah mengenai Allah dan mengesakannya melalui lidah dan hati. Seseorang itu dianggap mukmin setelah mengenai Allah. Sebarang dosa yang dilakukan tidak akan memberi kesan kepada iman seseorang. Pengadilan bagi orang yang berdosa tidak dilakukan di dunia, sebaliknya akan dilakukan di akhirat kelak.
e. Perkembangan pemikiran akhirnya menyababkan aliran ini berpecah kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan Murjiah Qadariah (kebebasan manusia), Murjiah Jabariah (kekuasaan Allah ke atas manusia) dan golongan Murjiah ketiga tidak menyebelahi mana-mana Qadariah atau Jabariah, sebaliknya mengatakan bahawa iman adalah sesuatu yang unggul dan tetap sebelum manusia melakukan sesuatu.
4. Aliran Muktazillah
a. Pertentangan antara Murjiah Qadariah dan Murjiah Jabariah telah menyebabkan munculnya golongan Muktazillah. Muktazillah bererti orang yang mengasingkan diri iaitu sempenan tindakan pengasasnya (Wasil Bin ’Ata’ yang telah bertindak keluar dari menyetujui pendapat gurunya Hassan al-Basri.
b. Aliran ini wujud pada 120H iaitu pada zaman terakhir pemerintahan Bani Umaiyah.
c. Kaum Muktazillah sering dianggap sebagai golongan rasionalis kerana dasar pemikiran mereka yang lebih mengutamakan akal fikiran dari al-Quran dan Hadis, walaupun terhadap perkara-perkara yang berkaitan hukum dan akidah. Pada mereka apa sahaja yang difikirkan logik dan benar mengikut ukuran akal maka itulah yang benar. Justeru itu mereka tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj serta seksa kubur.
d. Keghairahan penggunaan akal sebagai nas adalah berpunca dari pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani berikutan kemasukan ilmu pengetahuan luar dalam kerajaan Islam.
e. Kemuncak pengaruh aliran ini ialah pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmum, al-Mu’tazim dan al-Wathiq (Kerajaan Bani Abbasiyah) (198-232H), kerana pada tempoh tersebut aktiviti penterjemahan buku-buku falsafah Yunani amat giat dilakukan. Kegiatan ini asalnya untuk tujuan perkembangan ilmu, namun akhirnya telah menpengaruhi pemikiran mereka. Ketiga-tiga orang khalifah tersebut dikatakan antara penyokong kuat aliran Muktazillah ini, bahkan telah dijadikan mazhab negara.
5. Aliran Ahli Sunnah Wal-Jamaah
a. Aliran ini lahir pada abadd ke-3H iaitu sebagai reaksi kepada ajaran Muktazillah yang dianggap menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Ia merupakan aliran pemikiran Islam yang terakhir muncul pada zaman tradisi Islam dan juga merupakan aliran pemikiran paling lengkap.
b. Aliran ini merupakan gabungan antara Ahl al-Ra’y (golongan yang menggunakan akal fikiran yang kebanyakannya berada di Iraq ) dan Ahl al-Hadith (golongan yang banyak menggunakan Hadith yang kebanyakannya berada di Madinah). Bagaimanapun kedua-dua golongan ini lebih banyak menggunakan Hadith dalam menentukan sesuatu hukum.Disebabkan itu mereka digelar Ahl al-Sunnah yang bererti pembela sunnah Rasulullah s.a.w.
c. Usaha membela Sunnah Rasulullah s.a.w. sebenarnya telah dilakukan oleh para sahabat yang kemudian diikuti oleh para pengikut mereka (tabi’in). Antara mereka ialah Abu Hanifah (pelopor ahl al-ra’y) dan Ahmad bin Hanbal (pelopor ahl al-hadith). Ketika itu masih belum disebut Ahl Sunnah wal-al-Jamaah. Tetapi setelah wujudnya pelbagai aliran seperti dinyatakan di atas, maka kumpulan ini dikenali sebagai Ahl al-Sunnah wal al-Jamaah.
d. Antara pemimpin aliran ini seperti Abu Hassan al-Asyaari, Abu Mansur al-Maturidi, Imam al-Ghazali dll.
B) Faktor-faktor kemunculan mazhab-mazhab dalam Islam (2m x 3 isi = 6m)
1. Kefahaman dan tafsiran yang berbeza mengenai ayat-ayat al-Quran.
i. Ia disebabkan oleh perbezaan ilmu pengetahuan, kebolehan dan pengalaman mereka.
ii. Tidak semua umat Islam hidup sezaman dengan Rasulullah s.a.w. dan tidak semua mendengar hadis daripada baginda.
iii. Perbezaan pendapat lebih ketara apabila mereka semakin jauh dengan zaman Rasulullah s.a.w.
2. Pengaruh politik semasa
i. Pada akhir pemerintahan Khalifah Usman bin Affan telah berlaku pergeseran politik antara penyokong Khalifah Usman dengan golongan penentang yang kemudian melantik Khalifah Ali setelah Khalifah Usman terbunuh.
ii. Sewaktu pemerintahan Khalifah Ali telah timbul gerakan-gerakan untuk menuntut bela di atas kematian Khalifah Usman. Sesetengah gerakan tersebut lebih berbau politik dan semangat assabiyah.
iii. Ekoran pergeseran politik inilah lahirnya golongan Khawarij dan Syiah.
3. Pengaruh kebudayaan dan pengaruh asing
i. Pengaruh Yunani, Rom dan Parsi telah melahirkan aliran Murji’ah dan Muktazillah.
ii. Reaksinya telah melahirkan golongan Ahl Sunnah wal-Jamaah.
Penutup
Ketaksuban umat Islam terhadap mazhab-mazhab pegangan mereka telah membawa kepada perbalahan dan perpecahan umat Islam. Ini dibuktikan sewaktu pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah yang telah memerangi mazhab-mazhab yang berbeza pegangannya dengan pihak pemerintah.
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
Israel vs. Palestine Share your opinion about Gaza Strip conflict!
Israel vs. Palestine Share your opinion about Gaza Strip conflict!
Total votes: 6247564
You are from Malaysia
. You support:
![]() | ![]() |
Klik untuk vote!
http://www.facebook.com/l/uAQAapedHAQAEabF4WL-6s4Qqwtmqm4RtK7h3xWBfOZH-FA/www.israel-vs-palestine.com/US/EN/vote
Israel vs. Palestine | Share your opinion about Gaza Strip conflict! - Free-opinion.com - Your opini
http://www.facebook.com/l/6AQCS9e3eAQDAw2YprRcD261lKojmB91UdOlGP_5HCCxjBQ/www.israel-vs-palestine.com
Free-opinion.com is created for people who are aware of the events in their city, country, continent or world. Here you can create a question which may be important to many people and see how people think of your question. Questions in this site are displayed as polls, where everyone can vote and ad...
[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]
TAMADUN DUNIA : TEMA 1 – ORGANISASI SOSIAL TAMADUN INDUS DAN CHINA
Bincangkan peranan masyarakat dalam Tamadun Indus dan China pada zaman klasik . ATAU
Bincangkan organisasi sosial dalam Tamadun Indus dan China pada zaman klasik. ATAU
Bincangkan stratifikasi masyarakat dalam Tamadun Indus dan China pada zaman klasik.
A) Pengenalan
1. Peranan masyarakat merujuk kepada Organisasi Sosial @ stratifikasi sosial sesebuah masyarakat.
-
Organisasi sosial merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang mempunyai perbezaan dari segi kuasa kekayaan, gaya hidup, pekerjaan ,dan sebagainya. Melvin Tumin menyatakan organisasi sosial merujuk kepada penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan kedudukan yang berbeza dari segi kuasa, harta ,penilaian sosial, dan kepuasan rohani.
-
Kewujudan organisasi sosial sememangnya dapat dikesan sejak Zaman Neolitik berikutan berlakunya perubahan cara hidup masyarakat yang mula melibatkan diri dalam kegiatan pertanian yang telah menimbulkan pelbagai kelas dalam masyarakat sama ada pemerintah dan paderi yang menggunakan autoriti dan kuasa agama untuk menguasai hasil ekonomi negara diikuti munculnya golongan tentera untuk melindungi kekayaan dan kepentingan negara serta kelas yang paling bawah biasanya petani dan hamba yang bertanggungjawab mengeluarkan hasil- hasil ekonomi negara.
-
Pendek kata, dengan wujudnya organisasi sosial dalam sesebuah masyarakat amalan pengkhususan kerja dapat diamalkan seterusnya pasti membawa kepada kelancaran melaksanakan sesuatu aktiviti termasuk kegiatan ekonomi.
2. Menyatakan lokasi Tamadun Indus dan China .
B) Isi
A) Organisasi sosial di Lembah Indus
1. Golongan Pendeta
-
Disebabkan tidak adanya sistem pemerintahan beraja, maka tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran negara dipikul atau diamanahkan kepada golongan pendeta yang dianggap golongan yang suci serta mempunyai hubungan yang paling rapat dengan tuhan ataupun dewa.
-
Dari segi pentadbiran dan perundangan misalnya, golongan pendeta bertanggungjawab menggubal serata melaksanakan peraturan dan undang –undang yang pada amnya lebih bersifat keagamaan berdasarkan kitab-kitab suci mereka.
-
Golongan ini juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang ekonomi, kerana institusi agama(kuil)mempunyai tanah-tanah pertanian yang luas akan dikerjakan oleh golongan petani ataupun hamba.
-
Golongan ini juga bertanggungjawab mengagihkan hasil-hasil pertanian yang dikumpulkan dalam jelapang.
-
Dari segi sosial pula, tanggungjawab kebajikan yang dipikul oleh golongan ini ialah menyediakan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya.
2. Golongan Pedagang
-
Merupakan satu lagi kelas yang diletakkan dalam kategori kelas atasan dalam masyarakat di lembah Indus. Golongan ini sebagaimana golongan pendeta hidup dalam keadaan mewah dan mempunyai pekerja-pekerja yang terdiri sama ada golongan buruh yang merdeka atau hamba.
-
Golongan ini dapat menjalani kehidupan yang mewah kerana urusan perdagangan yang dijalankan oleh mereka adalah bebas , iaitu tiada campur tangan golongan pendeta serta dikecualikan daripada membayar cukai.
-
Para pedagang ini juga mempunyai cop-cop mohor yang mempunyai lambang bercorak keagamaan yang menandakan kekayaan yang dimiliki serta dipercayai menjadi azimat yang ada kuasa sakti
3. Golongan bawahan
-
Sebagaimana yang dinyatakan di awal tadi, golongan bawahan masyarakat di lembah Indus terdiri daripada golongan petani,buruh dan hamba
-
Golongan petani biasanya tinggal dirumah-rumah kecil ataupun yang disediakan oleh golongan pedagang, biasanya rumah tersebut hanya mempunyai 2 buah bilik.
-
Segala kerja pertanian yang dijalankan oleh golongan petani akan diawasi oleh para pendeta.
-
Sementara golongan buruh pula biasanya akan menjalani tugas-tugas seperti menghantar bijirin, membina tembok, dan menenun kain.
-
Manakala kerja-kerja seperti mengumpul, menyimpan bijirin yang dihasilkan oleh petani dijalankan oleh hamba.
4. Kedudukan Organisasi Sosial selepas kedatangan orang-orang Aryan
-
Dengan kedatangan orang-orang Aryan sistem sosial masyarakat di sini kini dipengaruhi oleh sistem kasta. Sistem ini mengklasifikasikan penduduk mengikut pekerjaan mereka.
-
Golongan yang paling tinggi dalam masyarakat dikenali sebagai Brahman yang berurusan dalam soal keagamaan serta spiritual dan mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang politik dan pemerintahan
-
Golongan kedua pula kasytria yang bertanggungjawab pula menjalankan tugas-tugas ketenteraan seperti memberikan perlindungan kepada Brahman dan menghadapi musuh tatkala diancam
-
Seterusnya pula golongan Vaisya yang biasanya dirujuk kepada golongan yang mempunyai kekayaan khasnya golongan pedagang
-
Manakala kasta yang paling rendah di antara 4 kelas ialah sudra iaitu biasanya merujuk kepada golongan petani
-
Kasta- kasta yang diamalkan di sini amat rigid, menyebabkan pergaulan antara kelas atasan dan bawahan adalah amat terbatas
B) Organisasi sosial China
1. Golongan raja
-
Merupakan kelas tertinggi dalam masyarakat China, merupakan sumber kekuasaan dan mempunyai ‘supreme authority’ sebagaimana peranan firaun di Mesir.
-
Antara tugas raja di China ialah menjadi sumber undang-undang negara; segala arahan dan perintah raja mesti dilaksanakan ,menjadi ketua agama, ketua kerajaan dan hakim ,mengetuai upacara agama, melantik ketua pelbagai jenis agama dan kepercayaan, dan juga melantik pegawai pentadbir untuk melicinkan struktur pentadbiran
-
Seseorang yang dilantik menjadi raja dipercayai mendapat mandat dari tuhan atau syurga seandainya berlaku bencana alam seseorang raja itu harus ditukar sama ada secara baik ataupun melalui pemberontakan
-
Walaupun begitu kebanyakan tugas raja dijalankan oleh wakil-wakilnya atas nama baginda, biasanya golongan aristokrat atau bangsawan dalam masyarakat China.
2 .Golongan Aristokrat
-
Merupakan pembantu utama raja, dan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam sistem politik dan sosial masyarakat China
-
Pada zaman dinasti Shang, golongan ini memonopoli penggunaan gangsa dalam bentuk alat-alat ritual dan senjata
-
Sesuai dengan tarafnya, golongan ini membina rumah kediaman berhampiran rumah ibadat yang biasanya dikelilingi oleh tembok sebagai langkah keselamatan
-
Pada zaman Dinasti Chao golongan ini amat berpengaruh, mempunyai banyak pengikut serta tanah-tanah yang dikerjakan oleh petani sesuai dengan sistem feudal yang diamalkan pada masa itu .
3. Golongan yang diperintah
-
Dari segi pekerjaan masyarakat China dapat dibahagikan kepada 4 kelas, kelas yang tinggi darjatnya ialah golongan cerdik pandai yang berperanan memberi nasihat kepada raja dan masyarakat berhubung dengan pentadbiran serta tingkah laku .
-
Sesuai dengan penguasaannya dalam ilmu-ilmu tertentu, maka tidak hairanlah golongan ini terlalu dipuja oleh masyarakat .
-
Golongan inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan pelbagai aliran pemikiran di China seperti confuciunisme, taoisme, legalisme, moisme, dan menciusme.
-
Golongan yang kedua terpenting dalam masyarakat china yang menjadikan organisasi di sini agak unik ialah petani. Mereka dianggap kumpulan mulia kerana membekalkan makanan yang merupakan asas kepada kehidupan manusia.
-
Kelas seterusnya ialah golongan artis @ tukang-tukang yang mahir yang bertanggungjawab menghasilkan monumen – monumen tertentu.
-
Akhir sekali dalam kelas masyarakat ini ialah golongan pedagang yang diletakkan di tangga terbawah kerana mereka di anggap penipu serta mengaut keuntungan daripada rakyat, tidak seperti kawasan lain tetapi tidak dipandang tinggi oleh masyarakat.
-
Bagi masyarakat china selain pedagang dipandang rendah satu lagi kumpulan yang lebih hina kedudukannya iaitu terdiri daripada pelakon, pelacur serta hamba tidak mempunyai tempat di sisi masyarakat.
-
Ditinjau dari aspek kekeluargaan pula golongan pembesar dan kerabat diraja pula tidak dibenarkan berkahwin lebih dari seorang perempuan. Golongan wanita mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada lelaki, hanya lelaki mempunyai kuasa menceraikan isteri
C) Kesimpulan :
-
Pembentukan organisasi sosial telah membentuk masyarakat yang kompleks.
-
Dengan demikian telah dapat membantu perkembangan masyarakat yang membantu perkembangan tamadun yang lebih hebat.
-
Apa-apa yang berkaitan

Other Feeds in Category (Show All Feeds)
| Feed Name |












